Your Guardian Angel

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

 Eh, apasal anjing ni? Dahlah kecik, ada hati nak garang-garang dengan aku pulak! Sapa punya ni?

Dia melihat sekeliling. Anjing itu berkolar. Pastinya ada pemilik. Tetapi, dia tidak nampak mana-mana orang di sekeliling ini yang nampak mengambil berat tentang anjing mereka yang terlepas. Menambahkan keparahan dalam situasi itu, tiada siapa di situ yang berani berdekatan dengan mereka berdua. Lilika dan anjing Chihuahua itu.

“Anyone has a dog here?”Lilika menjerit. “Please take your dog back!”Lilika mahu menepuk dahi ketika itu, terasa seperti orang bodoh sekali. Tetapi, dia tidak berani hendak bergerak pun, kecuali mulutnya. Memang selalunya jika ada apa-apa kecemasan berlaku, hanya mulutnya sahaja yang diberikan kekecualian untuk bergerak. “Take your dog...!!”Lilika menjerit apabila anjing itu menyalak lebih kuat. Tiba-tiba dia menyesal berada di luar hotel sekarang. Dia memegang beg galasnya dengan lebih kuat, di samping BlackBerry yang berada di dalam tangannya.

Dia mula berlari.

Anjing itu mula mengejar.

Lilika mula menjerit. Anjing itu menyalak dengan lebih kuat, apabila suara Lilika didengarnya lebih kuat daripadanya.

Lilika berlari, tidak melihat kiri dan kanannya, hanya ke depan. Tidak ramai orang sangat ketika itu, jadi dia mempunyai ruang yang besar untuk berlari, tetapi bukan itu apa yang diharapkan Lilika. Dia mahu menghilangkan anjing itu dari pandangannya dan sekarang, anjing itu boleh melihat dan mengecamnya dengan tepat kerana langsung tiada orang lain yang berlari di jalanan itu, kecuali dia.

Dia memasuki sebuah lorong. Tidak gelap seperti tadi, tetapi itu adalah jalan belakang kepada restoran mewah tadi, kemudian dia membelok kiri. Melintasi jalan kecil yang hanya dilalui oleh motorsikal, dan bukannya kereta. Anjing itu terus mengejar di belakang. Lilika berlari semakin lama, semakin pantas. Beg galas di belakangnya bergoyang-goyang mengikut gerak tubuhnya.

Dia cuba untuk berlari secara zigzag tetapi dia terlupa gaya itu hanya boleh dilakukan ketika dikejar ular, dan bukannya anjing. Dia tidak pernah tahu bagaimana mahu menangani seekor anjing yang mengejar anda. Apatah lagi Chihuahua. Dia tidak pernah tahu anjing itu adalah anjing yang garang. Bukan ke semua orang sukakan Chihuahua? Dia pernah sukakan Chihuahua kerana anjing itu kelihatan seperti kucing Siam, tetapi dia tidak pernah berminat untuk memiliki anjing, dalam erti kata lain, dia tidak dibenarkan menyentuh anjing. Haram.

Dia bencikan semua anjing di dalam dunia ketika itu. Walaupun anjing banyak menolong mencari dadah dalam operasi polis, tetapi, sebenarnya entah-entah polis ada memberikan dadah pada anjing itu untuk santapan hujung minggu. Sebab itulah anjing itu mahu mengesan dadah, mana boleh anjing melakukan kerjanya sesetia itu? Jadi, pada Lilika, muncul satu soalan. Sebab apa kucing pemalas? Sebab kucing tak pernah disogok dengan dadah.

Haha. Lilika menoleh belakang. Anjing itu masih mengejarnya, tidak nampak langsung kepenatan, sedangkan kaki Lilika sudah terasa mahu terbakar. Sudah terbakar pun, cuma tidak nampak pada mata kasar. Semua doktor tidak akan mempercayainya jika dia berkata yang dia terbakar hanya kerana tiada langsung kesan melecur. BlackBerry di dalam tangannya digenggam erat, memberikan kekuatan untuknya terus berlari.

Dia membelok ke kanan, apabila dia sampai di hujung jalan itu. Masuk lagi ke beberapa kawasan perumahan yang berada dekat dengan pusat bandar. Jauh juga dia berlari, dia mahu berhenti, menarik nafas, tetapi tidak berani apabila salakan anjing itu kedengaran agak dekat dengannya.

Dia menoleh belakang. Kira-kira dua meter jauhnya jarak anjing itu daripadanya, tetapi, masih dekat dengan bahaya. Dia menelan liur. Memandang hadapan semula, dia ternampak seseorang.

Peluang untuk melepaskan diri!!

Dia berlari dengan lebih laju, dan berdasarkan perkiraan yang dilakukan sebelum ini, dia menghayunkan tubuhnya ke arah orang itu, menarik baju yang dipakainya, dan segera bersembunyi di belakang orang yang jauh lebih tinggi itu.

“What...?!”Lilika perasan itu adalah lelaki berdasarkan suaranya yang garau. Anjing itu mahu mendapatkannya lagi, tetapi, dihalang oleh lelaki itu. Dia menjadikan lelaki itu perisainya. Lilika tidak tahu mahu melakukan apa lagi apabila berada di persimpangan itu. Dia hanya mahu bersembunyi, biarlah di belakang orang sekalipun, dia mahu anjing itu berhenti mengejarnya. Supaya dia dapat bernafas semula, supaya dia dapat berhenti dan berehat.

Lelaki itu bercakap dalam bahasa Jerman. Menghalau anjing itu pergi. Lilika memegang kuat bajunya yang sangat labuh dan besar untuk orang sekurus itu. Dia dapat mendengar bunyi degupan jantungnya sendiri. Bersembunyi seperti budak kecil yang dimarahi oleh bapanya sendiri. Bersembunyi di belakang ibu untuk perlindungan daripada dipukul atau apa-apa sahaja hukuman. Kepalanya ditegakkan sedikit, melihat anjing itu berlalu pergi. Nampak macam baik pula anjing itu sedangkan hanya Lilika sahaja yang tahu betapa buruknya perangai anjing itu. Dia menyumpah pemiliknya di dalam hati.

Lilika melepaskan pegangannya pada baju lelaki itu. Berhadapan dengannya sekarang.

“Tom?”Lilika hampir tidak percaya. Tom Kaulitz lagi di hadapannya.

“What...?”dia pun tidak percaya dengan Lilika yang berada di situ bersamanya. Muka Tom nampak penat. Lilika, apatah lagi. “What are you doing here?”

“Err....”Lilika tidak tahu mahu menjawab apa.

“Being chased by a dog?”Tom mengangkat sebelah keningnya, seperti yang selalu dilakukan Bill. Pertama kali dia melihat Tom melakukannya. Mungkin tidak berapa nampak sebelum ini dengan penutup kepala – yang kelihatan seperti topi salji – disertai dengan topi besbolnya yang berbagai rupa.

“Yeah,”Lilika menelan liur. Dia terduduk di atas kaki lima jalan itu yang dibina dengan batu-bata dan bukannya simen biasa. Dia memeluk lututnya, menarik nafas sedalam-dalamnya, mencuba mengutip kembali situasi yang berada di sekelilingnya. Dia melihat jam tangannya. Hanya lima minit sahaja dia dikejar oleh anjing itu, tetapi rasanya berjam-jam. Badannya berpeluh-peluh, beberapa kali dia mengelap dahinya dengan belakang tangan.

“You look awful,”Tom duduk di sebelahnya. Lilika tergelak kecil. “You...out here, alone?”Lilika mengangguk. “Where’s the bodyguard? Or...”Tom memegang belakang kepala. Pelik dengan Lilika yang keluar berseorangan. Lagipun, jika dia keluar dengan mereka sekalipun, pastinya dia tidak akan dikejar oleh anjing. Buat apa ada pengawal peribadi jika tidak dapat menghalang seekor anjing yang naik gila?

“I left the hotel alone,”Lilika tercungap-cungap.

“Do you? I thought you would not leave your bodyguards,”Tom tidak salah dalam mengatakannya, jika diperhatikan sebelum ini pun, dia boleh meninggalkan Tom keseorangan di lapangan terbang lama itu, kerana mahu memarahi Sadeeki terlebih dahulu.

“I don’t know, I need to be alone,”dia memandang Tom. “Right now,”dia menelan liur berulang kali. Teringat pula konflik yang dialaminya yang memandunya keluar dari hotel itu berseorangan. Konfliknya dengan Tuan Ayden. “I don’t want them to know,”

“And then you met the dog,”Tom ketawa kecil. Lilika turut sama tergelak, menyertainya, mengangguk beberapa kali.

“The dog,”Lilika menyelak rambutnya ke belakang telinga. Dia sudah semakin tenang, dan kurang termengah-mengah. “Yeah, I hate dogs, now,”

“Why don’t you kick it?”

“I don’t want to,”

“Why?”Lilika tidak menjawab. Tom tidak memaksanya menjawab lagipun. “Are you....”Tom dan Lilika berpandangan. Buat seketika, Tom terdiam. Tetapi, kemudian dia meneruskan soalannya apabila Lilika mengerutkan kening. “..the fan that always stalking us?”kerutan Lilika lebih dalam. “No, I mean...well....that is that you that always there on our tour..?”

“No, no, no,”Lilika tergelak kecil mendengar soalan itu. Adakah itu apa yang difikirkan Tom tentangnya selama ini? Patutlah dia sentiasa berasa tidak selesa apabila Lilika ada di sekelilingnya. “No, I’m here for something else,”

“So..it is a coincidence that you are here, everywhere we go?”

“I don’t know, but...yes,”Tom nampak kecewa, Lilika ternampak reaksi itu tetapi mencuba untuk tidak tersengih untuk itu. Mujurlah Tom pandai mengawal riak wajahnya yang agak terkejut. “I was here, meant to achieve my dreams, and all..”

“Dreams?”Tom nampak berminat. “Tell me more,”Lilika teringat yang Sadeeki dan Amin tidak berada bersamanya. Mungkin juga dia boleh memberitahu Tom, lagipun jika lelaki itu tahu pun, apa sahaja yang boleh dilakukannya? Dia tidak kisah pun rasanya. Dia hanya mahu seseorang bercerita untuknya, tambahan lagi dia seorang perempuan. Semua orang tahu Tom sukakan wanita, dan dia mendengar banyak gosip tentang Tom sebagai seorang playboy. Tidak ada salahnya, bukan?

“It started earlier this month,”Lilika memulakan kisahnya, tangannya meletakkan BlackBerry di atas kaki lima, di tengah-tengah kakinya yang sedang bersila. Tom duduk di atas kaki lima dengan cara memeluk lututnya.

Lilika memberitahunya tentang apa yang telah dilakukannya sepanjang berada di jalanan. Semua yang diketahuinya tentang Tuan Ayden, Amin dan Sadeeki. Tom mendengar, bergelak ketawa dengannya, dan kadang-kadang memberikan respons kagumnya dengan jelajah Lilika. Tom senang ketawa, Lilika tidak menjangka itu. Lebih-lebih lagi apabila apa yang dilihatnya di dalam Internet, hanya Bill sahaja yang kelihatan gembira sepanjang masa. Tom sangat lain. Dia kelihatan agak penat juga, dengan eyebag di bawah matanya yang agak ketara jika dilihat dengan lebih dekat.

Dia melihat jam. Sudah agak lewat. Sudah pukul 10 malam, dia tidak sedar pun masa berlalu agak pantas. Dia bangun.

“I think I better get going,”Lilika memasukkan BlackBerrynya ke dalam poket.

“Bill called you?”Lilika terkejut dengan soalan itu. Dia menggelengkan kepala. “I guess he lost your number,”

“No, he didn’t,”Lilika tergelak kecil, Tom mengangguk pantas. Sengaja mahu memfitnah adik kembarnya. “You took it from him,”Lilika tidak menyangka yang sekarang dia sedang cuba untuk memikat Tom. Spontan.

“Are you...”Tom mengerutkan kening, menyedari apa yang cuba dilakukan Lilika. “..trying to flirt with me?”Lilika tersengih, mencuba untuk tidak ketawa. Tom dapat menangkap maksudnya. Memang benarlah dia seorang pakar tentang wanita.

“No..”tetapi Lilika menafikannya. “Why should I?”Tom memandang Lilika yang sudah menapak, mahu pergi dari kawasan itu.

“Hey!”panggilnya. Lilika menoleh.

“Yes?”

“Shouldn’t you walk with someone, in case you meet the dog again?”Lilika tersenyum.

“I rather walk alone, than walking with strangers,”Lilika mengusik. Wajah Tom ceria sahaja, sambil mereka cuba untuk menyembunyikan kehendak masing-masing. Bercakap dengan agenda tersembunyi.

“I think you need me, in case you meet the dog,”Tom berlari-lari anak, mendekati Lilika. Mereka berdua berjalan beriringan. Lilika tersenyum simpul, sementara Tom hanya mendiamkan diri, tidak tahu apa lagi mahu dibualkan bersama.

“Where do you wanna go after Zurich?”tanya Lilika, memecahkan kesunyian itu apabila mereka berjalan bersama.

“I don’t know,”

“What are you doing out here?”Lilika pula bertanya. Tadi, Tom bertanya perkara yang sama, dan dia menjawabnya dengan jujur. Dia mengharap Tom akan menjawab dengan jujur juga.

“I went out, you know, with the fans, they told me to meet them, drinking in the bar,”Tom terhenti sebentar. “You..drink?”

“No,”Lilika menggelengkan kepala.

“Oh, I guess drinking wasn’t meant for me today, I was bored anyway..”Tom memperlahankan langkahnya. Memberikan peluang untuk Lilika mengejar dan berjalan beriringan dengannya, berbanding tadi, dia meninggalkan Lilika beberapa langkah di belakang. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di dalam poket. “I went out, no girls are attractive enough, and then I met you, outside here, chased by a damn dog,”

“Yeah, wasn’t I the attractive one for you?”dia mengedipkan sebelah matanya kepada Tom. Tom terkedu, tetapi dia cuba untuk berlakon tenang. “It’s not that bad, the dog, I mean,”

“He chased you,”

“I never deal with a dog anyway, it’s out of my league,”

“So it seems,”

Diam. 

“Thank you,”Lilika mengucapkan terima kasih sekali lagi. Tom memandangnya, Lilika tidak dapat membaca fikirannya ketika itu.

Dia terasa tangan Tom menjangkau, mahu mencapai tangannya. Lilika menelan liur, dia segera memasukkan tangannya ke dalam poket. Tom menarik tangannya semula, menggaru dahinya, menyesal dengan perbuatannya tadi.

Mereka sampai di hotel Lilika. Tom menemaninya, memasuki lif, mujurlah tiada peminat Tokio Hotel berada di kawasan itu. Jika ada pun, hanya beberapa kakitangan hotel yang tidak berani mahu menegur Tom. Malam itu sunyi, membuatkan pertemuan antara Lilika dan Tom tidak diganggu sesiapapun.

“Thank you,”Lilika sampai betul-betul di hadapan pintu bilik hotelnya. Tom berdiri di hadapannya. Tersenyum padanya, memastikan yang Lilika benar-benar selamat sampai di tempat tujuan. “Again,”mereka berdua ketawa kecil.

“So..emm..good night?”

“Yes, good night,”Lilika bersandar pada pintu. Melihat Tom melambaikan tangan padanya, sehinggalah dia menghilang ke dalam lif semula.

 

‘Care to hang out with us?’

 

Mesej itu diberikan oleh Bill Kaulitz. Mesej itu muncul sebaik sahaja dia menghidupkan semula BlackBerrynya ketika dia mengecasnya. Sudah agak lama mesej itu didapatinya. Dia rasa gembira dengan mesej itu apabila terkenangkan semula perkenalan semula dia dengan Tom malam tadi. Tom tidak seperti yang disangkanya, walaupun kadang kala dia kelihatan agak bongkak namun dia masih pesimis dengan apa yang berada di hadapannya.

“Amin, Sadeeki, boleh?”Lilika berada bersama mereka di meja sarapan pada pagi itu. Dia bersetuju untuk turun sarapan untuk menunjukkan mesej itu kepada mereka berdua. Sadeeki membenarkan, asalkan dia pandai menjaga diri, dan kembali pada waktu yang sepatutnya. Amin agak sukar dipujuk, kerana dia sangat mengambil berat tentang keselamatan Lilika. Akhirnya, dia memberi kebenaran setelah dipujuk Sadeeki juga.

Lilika memakai baju yang terbaik (walaupun dia tidak membawa banyak baju dalam perjalanan itu) yang ada di dalam beg pakaiannya. Dia membawa bersama beg galasnya, walaupun Sadeeki memintanya untuk meninggalkan beg itu di dalam bilik hotel sahaja. Beg itu penting.

“Hai,”Lilika menemui Bill di dalam kompleks beli-belah, di sebuah butik antarabangsa yang agak terkenal. Pertama kali Lilika melangkah masuk ke dalam butik yang memang harga pakaian yang dijualnya sangat jauh daripada jangkauannya. Dia lebih rela memakai baju yang dibeli di pasar malam berbanding baju yang mahal sebegitu rupa. Tetapi, melihat Bill memilih pakaian yang mahu dibelinya, seolah-olah harga pakaian itu murah. Cepat sungguh Bill menukar fikiran. Gustav dan Tom tidak ada (Bill : They need to do some job in the bus.), hanya Georg dan seorang staf mereka ada bersama. Apabila Bill dan Georg melihat kelibatnya, mereka memanggilnya masuk ke dalam, tidak mengira sama ada, ada peminat atau tidak berdekatan. Beberapa orang ada memerhatikan mereka, tambahan lagi apabila Lilika masuk dan menyertai mereka.

“Do you like this?”Bill bertanya pendapat Lilika tentang sehelai baju berwarna hitam. Baju itu kecil. Lilika teringat baju Fariz, budak lelaki berusia 10 tahun yang turut berada di dalam kelas jagaannya. Lilika bertanggungjawab untuk kelas senaman mereka. Fariz seorang yang degil, tetapi, Lilika dapat nampak yang Fariz akan membesar sebagai seorang lelaki yang akan digilai ramai dengan sikapnya begitu.

“Yes, lovely,”Lilika duduk di kerusi berlapik kusyen kulit di penjuru bilik kecil di mana Bill sedang memilih pakaian bersama Georg. Georg sejak tadi sedang melihat seluar jeans yang berada dekat dengan kawasan Bill memilih baju-Tnya.

“Tom will like this, don’t you think?”Bill bertanya lagi. Lilika mengangguk. “Good, I don’t want him telling me that I’m wasting my money,”

“You waste your money?”Lilika tergelak. “You’ve got plenty and lots of it,”Bill terhenti, memandang Lilika.

“Are you sure?”Lilika menjungkit bahu. Bill mengangkat kening, meletakkan baju tadi ke atas lantai. Dia mengambil baju-T yang lain. “What about this?”ada gambar gunting berwarna merah di tengahnya. Baju itu berwarna hitam juga.

“Nice,”

“Oh, come on, you can tell me more than that,”

“Do you like black that much?”

“Of course, I’m not a girl,”Bill meletakkan baju-T itu ke atas lantai. Lilika tahu sekarang, baju di atas lantai adalah baju yang enggan dibeli Bill. Ada beberapa baju-t berwarna hitam yang telah ditolak Bill bergelimpangan di atas lantai. Agaknya sudah berapa lama Bill ada di dalam kedai ni?

“I don’t know, I always choose shirts for the boys, but, they are not that fussy,”

“The boys?”Bill nampak keliru.

“Well, I’m a helper in an orphanage,”Lilika melihat Bill mengorek lebih dalam lagi, dan kali ini dia mengeluarkan sehelai baju T berwarna merah hati.

“What about this?”Bill menggayakannya di hadapan cermin.

“I love it!”Lilika benar-benar memaksudkannya. Baju itu cantik, agak kecil untuk dirinya, dan memang sesuai untuk orang berkulit cerah seperti Bill. “Really, it’s beautiful,”

“Then, I’ll buy it,”

“You have to,”Lilika meyakinkannya. Dia bangun dari tempat duduknya, melihat Georg sedang bergelak ketawa dengan staf yang ada bersamanya. Pandangan mata Lilika bertembung dengan staf itu, Lilika memberikan senyuman nipis, apabila merasakan pandangannya agak lain. Mungkin pandangan berhati-hati.

“Come on, you can buy anything, I can pay for it,”ujar Bill, membuatkan Lilika berkalih. Dia menggeleng pantas. “Come on,”

“No,”Lilika tersenyum. “You’ve been generous, but I don’t need anything,”

“You agreed to hang out with me, it must be something to get loose from your bodyguards,”

“They’re not my bodyguards,”

“Tom said they were,”dia memberikan baju-T, sehelai baju-T yang dibelinya sedangkan nampak ketara sekali dia berada di dalam kedai itu terlalu lama untuk memilih hanya sehelai baju. Lilika tersenyum pada gadis itu, yang berambut coklat gelap, dengan beberapa helaian rambut berwarna hijau. Ada subang terletak di hidungnya. Lilika tertanya-tanya sama ada itu adalah berlian asli atau tidak. Nampak palsu.

“What else Tom told you?”

“Nothing,”Bill menghadapnya semula. Lilika teringat yang Bill jauh lebih tinggi daripadanya, tinggi menggalah, dan dia terpaksa mendongak. Bill bersandar pada dinding, matanya mengerling Georg yang memberikan jeans yang telah dipilihnya kepada gadis tadi. Lilika berdiri di sebelah Bill, tangannya erat memegang tali beg galasnya. Bill beralih pada bahagian di mana ada aksesori terpapar. Dia membelek seutas gelang yang ada di situ. Gelang itu nampak berat. Ada ikon tengkorak.

Menakutkan. Perkataan pertama muncul di minda Lilika apabila gelang itu digoyang-goyangkan Bill.

“You like this?”Lilika menggeleng. “You don’t like jewelleries?”

“I like them,”

“But you look bare,”wajah Lilika berubah. “You don’t wear this things?”

“I don’t wanna buy it,”Lilika mengambil jalan mudah.

“I’ll buy it for you, choose,”perkataan-perkataan Bill kedengaran bagaikan arahan. Lilika mengambil seutas gelang – juga gelang besi – dan memakainya di pergelangan tangan kanannya. Tetapi, Lilika tidak sukakan coraknya, jadi dia mengambil yang lain. Seutas gelang yang hanya ada sebutir ikon singa yang comel di hujungnya, sebagai kunci kepada gelang itu.

“I like this one,”

“Then, I’ll buy it for you,”dia mengambil gelang itu, dan memberikannya kepada gadis yang setia menunggu di samping mereka. Bill tidak menunggu lama lagi, dia sendiri tidak membeli apa-apa aksesori. Dia pergi ke kaunter, Lilika tidak melihat setiap sesi pembayaran barang-barang itu, kerana dia terus melangkah keluar. Ada beberapa orang sedang memerhatikannya, dia cuba untuk menutup sebelah matanya untuk itu. Terasa tidak selesa pula.

Dia bersandar pada dinding kaca kedai itu, menunggu mereka bertiga keluar.

“Why don’t you wait inside?”Bill bertanya, sebaik sahaja dia ternampak Lilika di luar itu. Dia nampak cemas.

“He thought you ran away,”Georg mengusik. Wajah Bill memerah.

“Why should I?”

“Georg lied,”Bill membalas. Georg memberikan senyuman mengusik. Bill tidak mempedulikannya. “He did that everytime,”

“I don’t think so, Bill,”Lilika mengerling Georg sambil tersenyum simpul.

“So, where do we go now?”Bill bertanya, tidak mengendahkan kata-kata Lilika. Lilika dan Georg berpandangan sekali lagi, dan menjungkit bahu.

 

Tiga jam bersama mereka bertiga sudah cukup untuk Lilika menyimpulkan satu fakta di dalam kepalanya. Mereka tidak kisah keluar bersamanya, seorang peminat yang entah datang dari mana. Apa yang mengejutkan lagi, mereka masih tidak lupa yang dia bukannya orang di situ. Dia hanyalah seorang pelancong yang kebetulan berada dekat dengan bas rombongan mereka. Mereka masih mengingati pertemuan pertamanya di belakang pentas.

“Are you sure you don’t want to come with us on tour?”

“I don’t know, I’ve got lots of works to do, anyway,”Lilika meminta untuk pulang ke hotelnya. Bill dan Georg berkeras mahu menghantarnya pulang dengan teksi. Lagipun, dia sudah agak lewat untuk Zohornya. Dia kena terus pulang dan tidak singgah di mana-mana lagi selepas ini.

“On the bus?”Georg mencuba nasib, Lilika menggeleng lagi. Menolak setiap permintaan mereka.

“You scared of your bodyguard?”

“No,”Lilika tergelak. “Of course not, bye,”dia memasuki teksi. Bill dan Georg dan staf mereka berdiri tegak di sebelah teksi itu, membiarkan teksi itu hilang dari pandangan.

Lilika menoleh ke belakang. Tersenyum memerhatikan Bill dan Georg yang melayannya sebagai seorang kawan baru, dan bukan hanya sebagai seorang peminat.

Tetapi, dia tidak dapat melarikan ingatannya daripada Tom yang ditemuinya malam tadi.

Adakah semua ini hanya kebetulan?

 

Amin dan Sadeeki nampak gembira dengan kepulangan Lilika. Mungkin mereka juga sedang bosan apabila tidak dikacau oleh gadis itu dalam sehari itu. Lilika berada di dalam biliknya sebaik sahaja dia pulang, dan tidak keluar-keluar sehinggalah selepas waktu Isyak berlalu. Lilika tidak terasa mahu keluar selepas dia keluar melepak dengan Bill dan Georg. Semuanya berlalu begitu pantas, dan sekarang dia merasa lapar. Jadi, dia memberitahu Amin dan Sadeeki yang dia mahu keluar makan. Atau, meminta apa-apa sahaja menggunakan servis telefon.

“Tak makan apa-apa langsung hari ni?”

“Pagi tadi kopi yang saya minum kat hotel,”Lilika, Amin dan Sadeeki berada di restoran mewah yang dilalui Lilika pada malam dia keluar. Dia tidak memberitahu langsung mereka berdua yang dia keluar senyap-senyap. Jika ya, apa gunanya dia curi-curi keluar?

“Tak makan? Tak lapar?”

“Saya tak rasa nak makan, lagipun, saya takut nak makan benda lain selain daripada sayur,”Lilika mencucuk tomato yang dipotong empat itu menggunakan garpu. Nampak macam pembunuh kejam pulak. “Tapi, boring asyik makan sayur je, saya rasa saya balik nanti, saya dah turun 10 kilo,”

“Memang,”Amin dan Sadeeki berpandangan antara satu sama lain.

“Tapi, kami tau mana nak dapat makanan halal,”

“Ada?”Lilika terkejut. Jadi, kenapa mereka selalu membawanya ke tempat-tempat yang mencurigakan ini? Kalau dari awal mereka sudah membawanya ke tempat-tempat makan yang boleh mengenyangkannya – selain daripada sayur-sayur ini – pastinya dia akan menjadi lebih berisi berbanding sekarang.

“Kami tak pernah pergi, sebab awak tak pernah mintak,”Sadeeki memberitahu. Amin tergelak kecil.

“Bawak saya pergi sekarang, saya laparlah,”

“Jadi, sapa nak habiskan benda ni?”Lilika mencebik. Dia terpaksa menghabiskan salad bersos tembikai susu yang dipesannya. Amin dan Sadeeki tidak bercakap apa-apa lagi. Mereka memesan filet ikan, dan kentang. Lebih mengenyangkan, tetapi Lilika hanya berminat dengan kentang goreng itu, jadi dia mencurinya sedikit dari pinggan Sadeeki. Sadeeki sudah sedia maklum jadi dia tidak bercakap banyak tentang itu.

BlackBerrynya menerima mesej.

Bill.

 

‘We like you a lot, can we hang out together again?’

 

Dia tersenyum. Dia menjeling Amin yang asyik dengan BlackBerrynya sendiri. Sadeeki menumpukan sepenuh perhatian pada makanannya sebelum dia memanggil pelayan untuk menambah pesanan makanan.

 

‘Sure. But, I’m not sure when will I be leaving for another trip.’

 

‘Me, too. It is always with the concert. I guess, we can only meet you only on holidays,’

 

‘ok. C u soon.’

 

Wajah Lilika memerah membaca mesej-mesej itu. Dia tidak perasan yang dia sentiasa diperhatikan Amin dan Sadeeki sejak awal dia membaca setiap mesej itu. Dia meletakkan BlackBerry di atas meja. Memandang Sadeeki dan Amin yang sedang menatapnya. Dia tersenyum simpul, wajahnya makin merah.

“Siapa bagi mesej?”Sadeeki bertanya lebih awal. Tipikal.

“Bill,”hati Lilika berperang sama ada hendak memberitahu atau tidak, namun akhirnya seperti biasa mulutnya juga diberikan kekecualian untuk bertindak sebelum sempat otaknya memberikan keputusan juri.

“Bukan ke awak suka Tom?”Lilika mengangguk. “Kenapa Bill?”

“Sebab saya keluar dengan dia hari ni, bukannya Tom,”

“Ke, awak nak ngorat dua-dua?”Lilika menggelengkan kepala. Dia menunjukkan jari telunjuk kanannya.

“Satu je, satu je untuk puaskan hati saya,”Lilika memandang Amin, lelaki tua itu tidak bercakap apa-apa. Dia berpaling semula pada Sadeeki, dan memimikkan nama Tom menggunakan bibirnya tanpa sebarang suara keluar.

 

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top