Fun, Fun, Fun

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

Dia terbangun pada pagi itu, merasa teruja dan gembira pada masa yang sama. Dia akan keluar, menanti apa yang disediakan oleh Amin padanya. Dia keluar dari bilik hotelnya. Terjumpa Sadeeki.

Oh, so much for a morning!

“Hai, Sadeeki!”Lilika menyapa. Sadeeki menoleh, gembira bertemunya juga. Dia memakai kaca mata hitam.

Hello, dalam bangunan?

Pelik. Tapi, sekarang, semua tak mustahil. Lagipun, aku selalu tengok kat TV.

“Lily, tidur, okey?”Sadeeki pun rasanya mencari-cari perkataan untuk menyapa Lilika dengan tidak kelihatan agak formal.

“Ya,”Lilika mengangkat kedua tangannya ke udara. Pergerakan menggeliat. Mata Sadeeki membesar.

“Kita tak menggeliat di hallway,”ujar Sadeeki. Lilika menekup mulutnya.

“Ye?”Dia tidak percaya. Di Rosbiru, tidak ada apa yang tidak boleh dilakukan. “Oh, sorry,”

Sadeeki tergelak kecil. Gadis itu tidak tahu kenapa. Dia menggosokkan kedua tapak tangannya bersama. Sejuk. Agak dingin berbanding malam tadi.

“Ke mana kita hari ini?”tanya Lilika. Sadeeki berjalan beriringan bersamanya. Amin tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin dia keluar lebih awal. Mungkin dia sedang bercakap dengan Tuan Ayden sekarang, atau dia bersenam kat luar. Sebab tu, dia nampak sihat dan kuat walaupun dia dah tua. Atau, rahsia sebenarnya, minum Milo?

Oh. Tak mungkin. Mana ada orang tua minum Milo. Diorang minum kopi.

Mereka sampai di kafeteria hotel. Amin sudah berada di meja paling hujung, di sebelah tingkap. Sedang minum dari sebuah cawan yang berwarna emas di hujungnya.

Lilika terpesona.

Cawan itu mesti mahal.

Sadeeki mendekati Amin, ketika itu Amin tersedar yang Lilika ada bersama, dan memberikan isyarat supaya Lilika datang untuk bersama mereka berdua di meja yang sama. Lilika mengambil tempat betul-betul di sebelah kaca tingkap. Dia boleh menjenguk ke luar, oh tidak, kalau dia benar-benar mahu melihat apa yang ada di bawah, dia kena melekapkan mukanya di kaca. Jangan, dia taknak hidungnya dipenyekkan di situ. Tidak bagus untuk memulakan satu hari.

Tetapi, Lilika tidak dapat menghalang badannya dari tertunduk ke hadapan. Tiba-tiba sahaja, hidungnya telah berlaga dengan objek yang sejuk dan keras itu.

“Ahh...”Lilika dapat nampak pantai di sebelahnya. Tiada orang lagi di situ, masih sangat pagi sekarang untuk kebanyakan orang di situ. Lilika memang sudah biasa bangun awal. Jika tidak, kanak-kanak Rosbiru tidak akan mandi untuk ke sekolah. Tidak, Lilika tidak akan dapat hidup memikirkan baju-baju yang dibasuhnya dengan teruk dikotori dengan peluh mereka ketika mengalami mimpi buruk pada waktu malam.

Tingkap itu berkabus. Lilika menarik hidungnya semula, dan membetulkan duduknya di kerusi, seolah-olah tiada apa yang berlaku di belakangnya. Dia memandang Amin. Sadeeki bangun semula, mengambil makanan di meja layan diri.

Dia mengintai. Amin sedang minum sesuatu. Bukan Milo, atau kopi, kerana minuman itu tidak berwarna hitam atau coklat. Amin perasan.

“Ini teh,”ujarnya. Lilika berkerut.

“Kenapa tak jernih?”

“Campur susu,”Lilika terdiam sesaat sebelum bersuara semula.

“Bukan orang tua tak boleh minum banyak teh?”Lilika terkejut dengan betapa lancangnya mulutnya meluru. “Nanti masuk angin,”

“Hmm...”Amin menjelingnya, tetapi bukan dengan perasaan benci. Hanya terkejut. “Dos pagi,”Amin meneguk tehnya. Dia masih nampak formal, dengan dadanya tegak, dan belakangnya memang lurus mengikut lekuk kerusi. Dagunya memang benar-benar agak jauh dari meja, jauh beza sekali dengan kedudukan Lilika sekarang. Dia hampir meletakkan dagunya ke atas meja, menunggu Sadeeki mengambil makanan, sebelum nanti dia pula yang bangun dan menolong dirinya sendiri untuk makan. Dia kena berhati-hati. Ini bukan tempatnya, dan dia kena pastikan segala-gala yang diambilnya adalah halal.

Lilika melemparkan pandangannya ke meja tempat makanan terletak.

Ah, nampaknya aku kena makan kat tempat vegetarian! Patutlah Amin tak makan apa-apa!

Sadeeki telah kembali. Dia ada mengambil beberapa tat nenas yang ada, dan secawan cappuccino.

“Pagi makan ni?”Sadeeki mengangguk. Lilika merenungnya lagi.

Badannya besar, makan banyak ni je?

“Cukup ke?”

“Awak rasa?”

“Tak,”Sadeeki mengambil tempatnya. Punggungnya sahaja sudah lebih besar dari kerusi yang didudukinya. Dia memang seorang lelaki yang sangat-sangat tegap. Lilika tidak dapat menghalang dirinya dari terus memerhati. Dia takut kerusi itu akan patah, atau sekurang-kurangnya bergoyang-goyang. Tetapi, kerusi itu pun nampak sama tegapnya dengan Sadeeki.

“Oh,”Lilika bangun. Dia berjalan menuju ke meja makanan. Melihat ke arah makanan-makanan yang disediakan, memang nampak sangat sedap.

Perutnya berbunyi.

Ada seorang lelaki Inggeris memandang ke arahnya, membuat muka pelik, mungkin dia terdengar. Lilika berkalih.

“Bodoh kau, perut!”

Dia menepuk-nepuk perutnya, kakinya terus melangkah ke arah bahagian vegetarian.

Hanya ada sayur. Dan Lilika bukan peminat fanatik sayur.

Oh...memang semua ni aku takut nak makan. Tapi, aku pun taknak makan sayur sepanjang journey ni!

Tangannya mengambil beberapa potong salad, dan meletakkannya ke atas pinggannya. Dia mengambil beberapa biji tomato yang kecil.

Emm...mungkin..brokoli?

Oh, brokoli?

Kali terakhir dia makan brokoli adalah ketika dia menghadiri satu majlis jamuan yang diadakan oleh seorang dermawan dari Iran. Dia tidak merasa sangat kepahitan sayur itu, kerana digoreng bersama telur, dia masih ingat yang dia makan dengan banyaknya. Tetapi, selepas itu, dia terpaksa menemani salah seorang budak yang makan bersama di mejanya, muntah. Budak perempuan itu pucat, dan dia mengeluarkan semua yang ada di dalam perutnya. Termasuklah brokoli yang dimakannya sebelum itu.

Euwh.

Kenapa aku kena ingat semua benda tu pagi-pagi macam ni? Hah, kan perut aku dah mula nak meragam, dan aku tak sempat nak makan apa-apa pun. Bloody brocolli!

Lilika tidak jadi hendak mengambil brokoli itu. Kali terakhir dia makan, dan apabila difikirkan semula, itulah kali pertama dia menyentuh sayur hijau itu.

Dia bergerak ke hadapan.

Emm...apa benda ni? Pepsicum? Macam mana nak eja? Lada benggala agaknya. Pagi-pagi boleh makan pedas ke?

Lilika menggeleng sendirian. Rasanya lelaki Inggeris yang mendengar bunyi perutnya tadi agak pelik dengan perangainya. Mungkin dia telah berfikir yang bukan-bukan tentang Lilika. Some Asian kid with frigging ridiculous black hair...and some very large hands, that doesn’t match her face. And the scars....

Lilika tidak mempedulikan suara-suara yang muncul entah dari mana di dalam telinganya.

Tak mungkin dia tengah kutuk aku. Apa-apa pun, habiskan masa kau dengan ambil semua sayur yang ada kat sini, dan jangan pandang mana-mana. Fokus dalam pengambilan sayur dan...

“Roti,”Lilika mengambil roti yang dihidangkan di atas sebuah pinggan kaca yang dua kali ganda lebih besar daripada pinggan yang ada di Rosbiru. Dia mengambil dua keping. Beberapa jem ada diletakkan berhampiran, membuatkan Lilika rambang mata.

“Makan roti je?”Lilika meletakkan pinggannya di atas meja, bersebelahan Sadeeki. Dia tidak mahu duduk di sebelah tingkap, menghalangnya dari terus teruja melihat ke luar tingkap.

“Hm,”

“Kenapa tak ambil apa yang dia masak?”

“Takut,”Lilika sudah siap menyapukan jem pada kedua-dua keping rotinya. Pada sekeping roti, ada lebih kurang tiga jenis jem. Amin melihat dengan kagum, dan terkejut. “Oh, saya nak cuba semua jem yang ada kat situ, jadi, rasanya tak salah kot, buat macam ni,”dia melipat dua roti yang pertama. Amin dan Sadeeki berpandangan, sebelum mereka bertukar senyuman.

Dua keping roti. Sama seperti sepinggan nasi. Kawan karibnya, Aliyah yang pertama sekali memberitahunya fakta itu. Dia peminat nasi dan roti, jadi dia menganggap makan kedua-duanya dalam sehari tidak akan memberi apa-apa efek. Aliyah tidak sukakan karbohidrat, dia obses tentang semua kalori yang diambilnya, apa yang akan ditelannya, walaupun kadang-kadang Lilika perasan yang dia selalu akan melepas geramnya dengan memakan makanan ringan. Bukan sama je?

Amin hanya meminum teh yang diambilnya tadi, dan juga beberapa keping biskut yang datang bersamanya percuma. Lilika mengerling pada Sadeeki, dia sedang membaca surat khabar, dan meja itu sangat diam.

Sehinggalah mereka bersurai, masuk ke dalam biliknya semula.

 

‘Main kat pantai?’

Lilika tidak mengendahkan pertanyaan Sadeeki apabila dia meminta izin daripada Amin untuk keluar bermain di pantai di hadapan hotel. Sudah ramai yang keluar. Amin menetap sebilik bersama Sadeeki. Ada dua katil bujang di dalam sebuah bilik yang sama besar dengan biliknya.

Sekarang, hanya Amin yang berada di tepi, bersantai di atas kerusi malas di bawah payung, sementara Lilika dan Sadeeki berada di pinggir pantai. Hanya Lilika sahaja yang tidak kisah dengan keadaan yang basah, dan Sadeeki membina istana pasir di tepinya. Dekat di mana Lilika bermain air. Dia memakai seluar trek(mujurlah dia membawanya, sebenarnya dia hanya mahu mengelakkan seluar trek kesayangannya itu dicuri oleh Jess-10 tahun – okey, mungkin bukan mencuri, hanya ‘pinjam’, perkataan itu agak teruk – tetapi, dia sangat sukakan seluar trek ini), dan baju yang dibelinya di kedai di bawah hotel. Berwarna hitam, sempurna untuk satu permainan air.

“Dah siap?”Lilika sengaja menyakat Sadeeki yang mengalami kesukaran dengan sayap kanan istana pasirnya. Asyik runtuh. Dia mendekati Sadeeki. Mencuba untuk menolongnya, tetapi, dia tidak memiliki kesabaran Sadeeki, jadi, dia kembali ke pantai.

“Hey!”seseorang menegurnya. Lilika berpaling. Menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. “You’re Asian?”seorang lelaki yang bercakap Inggeris dengan pelat-Lilika-tidak-tahu-negara-apa.

“Yeah,”Lilika dapat mendengar dirinya menjawab. Dia berdiri sekarang.

“Care to join me jetskiing?”Lilika terkejut. Jetski? Wow. Tapi, dia tak pandai berenang. Apa akan jadi kalau jetski tu tenggelam?

“Pergilah,”Sadeeki menyuruh. Sekurang-kurangnya suaranya mengatakan begitu, walaupun sekarang dia sedang tersenyum, mahu menyakat Lilika kembali.

“Err...actually, I don’t know how to swim,”Lilika bercakap, matanya mengerling Sadeeki. Sadeeki tersengih nakal. Oh...pandai sekarang!

“Never mind, I’ll help you!”

“Oh no, please, no, I hate bottom of the ocean!”eh, apa aku cakap ni? Lelaki itu hanya tergelak kecil. “I mean...”

“She wants to join you,”Sadeeki tiba-tiba menyampuk. Lilika ternganga. Dia mengerutkan kening, bermain lawan mata dengan Sadeeki. Sadeeki membuat pandangan mata pergilah-takda-apa-apa-punya. “She really do,”

“Wait,”

“Come on, it’ll be fun!”ajak lelaki itu lagi. Lilika tidak boleh menolak lagi. Selepas itu, dia menyedari dia telah memakai jaket pelampung dan berada di bahagian belakang jetski yang dipandu lelaki itu. “So...what’s your name?”lelaki itu bertanya sambil dia memakai jaket pelampung itu. Mengikatkan talinya supaya agak ketat. Lilika berupaya sedaya upaya untuk tidak terus merenung abdomen lelaki itu yang tegang, menunjukkan ketulan otot yang hanya dapat dilihatnya di dalam iklan alat senaman yang membosankan.

Oh, is this real?

Lilika berusaha sedaya upaya untuk tidak bertanya tentang itu.

“Lilika,”Lilika menelan liur, lelaki itu bermata biru juga! “Lily,”

“Mun,”mereka berjabat tangan.

Mun? Macam nama Munirah. Nama perempuan untuk seorang lelaki. Haha.

Never mind. Dia tak payah tahu.

Mereka berjabat tangan. Mun membawanya ke jetskinya yang sudah sedia menanti di pinggir. Mun naik dahulu, dan Lilika memanjat naik selepas itu.

Oh, senang. Macam naik motor. Kejap, berapa kali je aku naik motor? Daripada aku tolong pakcik Borhan hantar makanan kat Rosmerah, dengan aku naik motor kat funfair. Itu bukan motor. Itu Merry-Go-Round. Naik kuda plastik, dalamnya besi.

“WAHH!!!”tiba-tiba sahaja jetski itu bergerak. Meluncur laju ke hadapan. Lilika mengambil masa yang agak lama untuk menstabilkan dirinya, untuk menutup mulutnya, supaya tidak banyak air laut ditelan.

Jetski itu sangat laju sekali. Nampaknyalah. Lilika dapat merasakan air laut menderu-deru di bawah kakinya.

Dan, Mun sedang ketawa sehingga telinganya merah.

“Hold on tight, love! I’m going real fast now!!”Lilika menelan liur. Mujurlah tidak masin, jika tidak dia memang yakin dan pasti, dia banyak tertelan air laut. Dia memejamkan matanya, dan merasakan jetski itu bergerak dengan sangat pantas. Dia memegang jaket keselamatannya seerat mungkin, terlalu malu untuk memegang Mun.

Lima minit kemudian, dia berasa sangat seronok. Dia mungkin sedang melompat sekarang, di dalam hatinya.

“Faster!!”dia menjerit. Mun ketawa lagi. Mereka berdua ketawa bersama apabila mereka membuat beberapa lompatan pada ombak kecil. Air laut nampak mesra dan menyeronokkan berbanding sebelum ini, dia merasakan tengah-tengah laut dapat membunuh seseorang. Atau mungkin kerana dia tidak pernah menaiki apa-apa feri. Atau kapal. Dia hanya biasa dengan kenderaan di atas darat. “Come on!!!”

Sebuah ombak yang lebih besar daripada tadi datang menerpa. Mun dengan cekapnya mengelak, dan sekelip mata sahaja mereka sudah berada di atas ombak itu. Lilika ketawa lagi, dia mahu berdiri, mahu memegang belakang Mun dan bangun menyapa angkasa di atasnya. Dia tidak pernah merasa sebebas ini.

“Have fun?”Mun sudah kembali ke pinggir pantai.

“Thank you,”balas Lilika. Dia terus tersenyum dan tersenyum. Dia terlupa bagaimana untuk memuncungkan bibirnya ketika itu. “It’s been real great!”

“Yeah, we should try it often,”Mun merenungnya. Lilika tergelak kecil, perasan dengan pasir yang melekat di bawah rahang Mun. Dia menyapunya ke tepi, menggunakan belakang tangannya.

“Okay,”Lilika berpaling. Dia berlari-lari anak mendapatkan Sadeeki. Sadeeki hampir menyiapkan istana pasirnya. Tetapi, masa sudah semakin suntuk.

“Maybe tomorrow!!”tempik Mun. Lilika berhenti berjalan, berpaling semula pada Mun.

“No, I’ll be gone tomorrow, sorry,”Lilika memberitahunya. Wajah Mun agak berubah, namun selepas itu dia kembali tersenyum.

“Oh,”Mun menepuk-nepuk bahu Lilika. “See you then,”Lilika membalas senyuman itu. “Then,”

“Thank you for the ride,”Lilika benar-benar maksudkannya. Terima kasihlah pada Mun, jika tidak selama-lamanya dia akan takut pada lautan luas. Tidak, tengah-tengah lautan luas.

“But, hey, can we just..play here?”Lilika mengangguk. Kali ini, Mun mengikut Lilika mendekati Sadeeki yang sedang bergambar bersama istana pasirnya yang telah siap sempurna. Gambar diambil oleh Amin, menggunakan kamera digitalnya. Lilika melompat ke sebelah Sadeeki, menyertainya, memberikan gambar terbaik pada kamera Amin. Bersama Mun.

 

“Esok kita akan bertolak ke tempat lain, Lilika,”Amin menghantarnya ke bilik hotelnya, selepas makan malam. “Tidur elok-elok,”

“Okey,”Lilika mengangguk. “Selamat malam, pakcik Amin,”

“Malam, Lily,”Amin menutup pintu, membiarkan Lilika menggerakkan dirinya ke katil, tidur bersendirian di atas katilnya, di dalam bilik itu.

Lilika mengeluarkan senarai yang berada di dalam beg galasnya yang sentiasa dibawa ke mana-mana. Dia menambahkan sesuatu.

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top