Hit Me Up

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

‘Semuanya berjalan lancar, jangan risau. Terima kasih kerana menyumbang.’

 

Mesej itu dihantarkan kepada Tuan Ayden. Lilika berhasrat hendak berterima kasih secara berkala, supaya Tuan Ayden, sekurang-kurangnya berasa yang dia masih lagi tidak lupa diri. Lagipun, sekarang, dia berada di England. London, England. Mereka sampai pagi tadi, dan terus mendaftar masuk ke dalam hotel yang berada di tengah-tengah kesibukan bandar. Hotel itu cantik, lima bintang agaknya, dan kebanyakan hiasan dalamnya berwarna emas. Dia cuba untuk tidak nampak begitu kagum sedangkan itulah kali pertama dalam hidupnya dia menemui begitu banyak warna emas dalam satu tempat. Sangat menyakitkan mata, dan nampak sangat gemilang.

Dia memasukkan BlackBerry ke dalam poket seluarnya. Dia memegang kedua-dua tali belakang beg galasnya. Melihat-lihat di dalam hotel itu, tidak melihat apa yang dilakukan Sadeeki dan Amin. Kedua-dua mereka berjalan selamba sahaja kerana sudah biasa agaknya dengan hiasan ekstrem begitu.

Seperti biasa, Amin dan Sadeeki mengambil tempat di sebelah biliknya. Dia melangkah masuk, tidak banyak bezanya dengan bilik hotel sebelum ini, mewah, dan cukup besar untuknya tinggal seorang. Dia melabuhkan punggungnya ke atas katil empuk itu.

Ada mesej pada BlackBerrynya. Dia membacanya.

 

‘Berseronoklah. Lepas ni, apa?’

 

‘Pakcik Amin dah tempah tiket konsert tu, terima kasih. Lepas ni, kami akan naik bas double decker tu. Tak sabar.’

 

‘Jangan jatuh.’

 

Lilika ketawa membaca mesej itu. Jangan jatuh? Kenapa?

 

‘Mana boleh jatuh kalau yang kita naik tu bas.’

 

‘Awak pernah naik ke benda tu? Mana tau, saya nak beritahu je, hati-hati.’

 

‘OK. J’

Dia meletakkannya ke atas meja kecil. Dia bersiap untuk keluar pula selepas itu.

 

Menaiki bas dua tingkat itu merupakan impiannya sejak menonton filem-filem yang menampilkan bas dua tingkat berwarna merah. Dalam Harry Potter juga. Dia tertarik, namun hanya sekarang boleh dia menaikinya.

Dia berada di bahagian atas. Tidak ramai orang pada hari itu menggunakan kenderaan awam itu. Dia khusyuk melihat pemandangan dari atas itu, menikmati angin yang dapat dirasakan bertiup sepoi-sepoi bahasa. Melihat beberapa orang yang berada  di dalam kedai-kedai berjenama mewah, membeli beberapa pasang kasut, ada seorang wanita berambut kerinting panjang sedang menyerahkan sekeping kad kredit pada pembantu kedai itu. Lilika sibuk melihat seorang lelaki yang agak gendut, dan memutih kepalanya, sedang menikmati hotdog, ditemani oleh seorang budak lelaki kecil yang sedang berlatih bermain kasut roda. Lilika tersenyum apabila lelaki itu cepat-cepat menunduk, apabila budak lelaki itu terjatuh.

Cucu dia kot...

Cucunya itu terduduk di atas kaki lima, di sebelah sebuah tempat duduk untuk pejalan kaki. Wajahnya memerah untuk menangis, tetapi apabila datuknya itu memegang bahunya, dan bercakap-cakap sesuatu, budak lelaki itu mengangguk, dan bangun kembali.

Lilika tersenyum. Hotdog lelaki itu terjatuh ketika dia mengangkat budak itu dari kaki lima. Dia mengalihkan pandangannya pada sekumpulan orang yang sedang menunggu di seberang jalan. Menunggu untuk lampu hijau untuk melintas. Basnya melalui jalan di mana kumpulan orang itu sedang menanti. Lilika tidak dapat mengelakkan dirinya daripada memerhatikan seorang lelaki tua yang ditemani oleh seekor anjing. Agaknya anjing itu menolongnya untuk berjalan bersendirian di jalan itu, atau hanya sekadar dijadikan teman bersiar-siar. Pada tangan lelaki tua itu ada beberapa beg kertas. Mungkin sahaja dia baru selepas membeli barang-barang keperluan.

BlackBerrynya berbunyi. Lilika mencapainya, dan terus membaca mesej yang didapatinya.

 

‘Awak pandang apa?’

 

Mesej itu daripada Tuan Ayden.

Lilika memandang kiri kanannya. Melihat sesiapa sahaja, yang mungkin sedang memegang telefon bimbitnya. Dia tidak mengenali Tuan Ayden, tetapi, memandangkan mesej itu menunjukkan yang dia mungkin berada berdekatannya. Lilika memerhatikan setiap penumpang yang ada di dalam bas dua tingkat itu.

Entah siapalah Tuan Ayden tu. Kalau aku carik pun, mestilah dia tengah pura-pura buat apa-apa. Mestilah aku tak kenal dia, sebab tak pernah tengok muka dia pun.

Dia menaip mesej.

 

‘Awak ada kat mana?’

 

Tuan Ayden tidak membalas. Lilika hampa. Dia memegang sahaja BlackBerry, semata-mata menunggu mesej yang tidak kunjung tiba, mengganggu konsentrasinya sahaja untuk menikmati pemandangan di atas bas itu.

Dia melemparkan pandangannya ke luar semula. Ada seorang pekedai bunga sedang menyusun beberapa pasu bunga yang berada di luar kedainya. Dia mengenali beberapa bunga itu.

Ros, Lily(hmmm...nama aku, mana boleh aku lupa macam mana bunganya?), krisantemum, ke..kekwa? apa-apalah. Sebelah dia, err...carnation kot, orkid, tapi, apa nama bunga tu?

Pandangan Lilika terarah pula pada tempat lain, apabila bas itu membelok ke satu kawasan yang kurang sibuk berbanding tadi. Lilika tidak mengenali nama-nama jalan yang dilaluinya, kerana dia tidak dapat melihat apa-apa papan tanda, ya, memang ada, cuma Lilika seorang pemerhati orang, dan bukannya papan tanda.

Dia tersenyum sendiri melihat seorang lelaki muda sedang mengira-ngira sesuatu di atas bangku. Dia meletakkan kalkulatornya(yang terbesar pernah dilihat Lilika) di atas riba, sambil tangannya sibuk menulis sesuatu pada bukunya yang saiznya sama seperti buku yang digunakan Lilika ketika sekolah rendah. Keningnya berkerut, dan dia tidak mempedulikan apa-apa yang berada di sekitarnya, kerana dia tidak ambil pusing pun pada seekor kucing yang sedang bermain dengan tali begnya sendiri.

“Lily,”Lilika menoleh. Sadeeki berada di hadapannya.

“Hai,”sapanya. Terlupa pula yang dia berada di atas bas itu bersama Sadeeki dan Amin. Mereka mendiamkan diri, tidak menganggunya langsung berkhayal seorang di bahagian belakang bas itu. “Kenapa?”

“Takda apa,”Sadeeki mengambil tempat di tempat di sebelah Lilika. Bukan sebelah yang sebenarnya, Sadeeki duduk di tempat duduk di bahagian sebelah kiri, sementara Lilika berada di sebelah kanan bas. “Petang esok, pukul 3.”

“Konsert tu?”Sadeeki mengangguk. Lilika tersengih. Dia sudah lama menanti untuk pergi ke konsert buat pertama kali. Apa yang menggembirakannya lagi ialah, dia dapat menghadiri konsert kumpulan muzik kegemarannya, McFLY. Dia baru sahaja meminati kumpulan itu, namun sudah banyak impak yang telah didapatinya, termasuklah menulis impiannya untuk ke konsert mereka suatu hari nanti.

Hari esok itu adalah suatu hari nanti.

Dia tidak dapat menghilangkan senyuman itu dari bibirnya. Sadeeki tergelak pada dirinya sendiri apabila melihat gelagat Lilika.

“Pakai apa esok untuk ke konsert?”

“Decent,”jawab Lilika. Matanya terarah ke luar semula. Lambat lagi sebelum mereka akan sampai ke tempat tujuan mereka. Berseronoklah di atas bas. “Tak banyak baju yang saya bawak pun,”

“Awak taknak ngorat McFLY?”Lilika tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya.

“Tak,”Lilika tersenyum. Mukanya memerah. “Saya nak ngorat Tom,”

“Tom? Siapa?”

“Awak akan tahu bila kita jumpa dia nanti,”

 

Selepas Lilika menghabiskan masanya di dalam bilik air untuk membersihkan diri, dia mendapati yang BlackBerrynya menerima satu panggilan. Dia memeriksa.

Tuan Ayden.

Dia tersenyum. Dia meletakkan BlackBerrynya di atas katil, menunggu Tuan Ayden untuk menghubunginya lagi sementara dia menyidai tualanya di penyangkut tuala yang berada berdekatan dengan tingkap.

BlackBerrynya berdering. Lilika melompat untuk mendapatkannya.

“Hello,”

“Hai, Lily,”suara Tuan Ayden masih lagi kedengaran formal walaupun ini adalah kali kedua mereka berhubungan secara terus begini. “Seronok hari ni?”

“Terima kasih banyak, sangat-sangat best!!”Lilika tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya untuk bercerita tentang harinya hari itu kepada Tuan Ayden. Sejak Tuan Ayden bermain mesej dengannya beberapa hari kebelakangan ini, dia sudah tidak berapa kekok untuk berbual dengannya. Seolah-olah dia sudah kenal lama dengan Tuan Ayden, suaranya pun agak menenangkannya untuk malam itu. Jika dia berbual-bual sambil berbaring di atas katil, mungkin dia boleh tertidur dan membiarkan Tuan Ayden bercakap seorang di telefon. Macam kejam sangat je. “Eh, mana awak tau saya tengah pandang orang kat atas bas tu?”

“Saya tahulah,”Tuan Ayden kedengaran agak berahsia. Agaknya dia sedang ketawa kecil di belakangnya, dan memandangkan Lilika tidak tahu yang dia sedang bergelak ketawa, jadi dia boleh berteka-teki lagi dengannya. “Awak pandang setiap orang tu, awak rasa diorang ada hubungan antara satu sama lain tak?”

“Apa maksud awak?”

“Kalau awak tengok orang yang main dengan cucu dia, awak rasa tu cucu dia betul ke?”Tuan Ayden bertanya. Lilika terdiam. Entahlah, dia pun taknak fikir diorang tu ada kaitan atau tak. Lantaklah. Apa kena-mengena dengan dia pulak?

“Saya malas nak ambik tau, lagipun saya duduk atas bas, mana saya nampak kalau ada persamaan ke datuk dengan cucu dia tu,”Lilika selamba menjawab, selepas berfikir sejenak. Dia mendengar Tuan Ayden ketawa kecil. Kali ini dia dapat mendengarnya. Mungkin Tuan Ayden sengaja mahu memberikan impresi yang dia bukannya formal sangat pun.

“Oklah,”Tuan Ayden menarik nafas. Lilika merasakan yang Tuan Ayden itu mungkin ada masalah dengan pernafasannya. Lubang hidungnya kecil sangat kot! “Beritahu saya apa yang awak nampak...”

“Ok...mula-mula....”Lilika menghempaskan punggungnya di sofa sebelah tingkap yang menghala ke balkoni yang membolehkannya melihat Kota London dari tingkat 17. Gayat. Lilika mengambil keputusan untuk berada di dalam bilik sahaja.

Mereka berbual selama lebih sejam hari itu. Lilika seronok bercerita tentang apa yang dilihatnya, apa yang didengarnya, didapatinya dari hanya pengalamannya di atas bas itu sahaja. Setiap perkara terperinci. Setiap orang yang diperasannya. Setiap haiwan peliharaan yang dilihatnya, besar kecil, tua muda. Semuanya diceritakan sahaja kepada Tuan Ayden. Tuan Ayden tidak menyampuk pula atau bertanya apa-apa. Hanya mendengar. Kadang-kadang Lilika berhenti untuk mencari akal tentang apa yang dilihat seterusnya, dan ketika itu Tuan Ayden akan berbicara.

Lilika tersenyum pada diri sendiri. Bersembang dengan Tuan Ayden, bagaikan berbual dengan seorang kawan lama. Suaranya sedap didengar, dan dia seorang yang manis, dia tidak suka menyampuk, dia bersopan santun. Kalau realiti, agak-agaknya dia macam anak orang kaya lain ke? Ada peraturan, nak makan, nak minum, nak sembang. Nak buat apa-apalah! Macam dalam Princess Diaries tu! Tapi, itu perempuan, dan dia laki! Ada manners gak ke? Kalau aku jumpa dia satu hari nanti, agaknya, dia terkejut tak tengok aku? Agak-agaknya dia akan pelik tak tengok aku tak berapa reti nak makan dengan sudu? Hmm....macam manalah agaknya Tuan Ayden ni?

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top