Jump and Move

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

“Berbaris panjang ni untuk autograf?”Amin dan Sadeeki terpaksa menemani Lilika untuk mendapatkan tandatangan anggota-anggota McFLY pada malam itu. Sudah agak malam, dan sepatutnya pada waktu itu, sudah ramai warga London berada di dalam rumah sendiri. Namun, Lilika mendapat berita yang sesi mendapatkan autograf apabila dia turun ke lobi hotel. Dia pergi berbual bersama beberapa bellgirl dan mereka memberikannya maklumat itu. Apabila mereka sampai di sana, sudah panjang barisannya.

“Please...”Lilika membuat mata kasihan. Semoga mereka akan masuk perangkap.

Amin tersengih, dia berdiri di sebelah Lilika, memberikan buku nota kepada Lilika untuk anggota kumpulan muzik itu menurunkan tandatangan popular mereka. Sadeeki agak ragu-ragu pada awalnya, namun apabila dia melihat ada beberapa orang gadis lagi yang datang mendekati barisan itu, dia cepat-cepat berdiri di belakang Lilika.

Hampir setengah jam. Tinggal dua orang lagi sebelum Lilika sampai pada Danny, ahli yang berada di hujung meja. Wajah mereka nampak kusam. Sudah penat agaknya.

Diorang nampak lagi putih dari apa yang aku tengok kat TV. Nampak lagi pucat. Agaknya sebab kat dalam TV diorang pakai mekap sikit, jadi tak berapa nampaklah yang diorang ni sebenarnya tak berapa tanned. Hehe. At least kulit aku lagi gelap, dan rasanya ramai yang nak kulit macam aku. Huhu. Tak gelap sangat, tak cerah sangat. Just nice.

Lilika sedang berdiri di hadapan Danny. Danny terkebil-kebil memandang Lilika, yang sedang berdiri di tengah-tengah antara seorang lelaki tua yang sudah memutih rambutnya, dan seorang lelaki yang sangat besar, berwajah gelap.

“Hello,”sapa Lilika. Tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. MCFLY!!! Dia terasa hendak menjerit ketika itu. Memberitahu seluruh dunia yang dia telah bertemu dengan McFLY!!

Lilika sedang mengira jeragat merah yang berada di muka Danny. Danny menurunkan tandatangannya. Dia bergerak ke sebelahnya, Dougie.

“Hai,”Lilika mengerling Sadeeki. Dougie tersengih padanya. Matanya lebih kuyu daripada apa yang pernah dilihatnya, dan dia terpandangkan anak mata yang paling hijau pernah ditemuinya. Selalunya dia hanya dapat melihat anak mata berwarna coklat gelap atau hitam, atau paling kurang pun hazel. Tetapi, hijau?

“Is that your brother?”Dougie bertanya, dengan esen Inggeris yang sangat pekat. Dia menujukannya pada Sadeeki.

Lilika memandang Sadeeki, dan tergelak kecil.

“No, he’s my friend,”Lilika menjawab. Terang dan jelas. Dia mahu menjerit sekali lagi. Dougie bercakap dengannya! DOUGIE POYNTER!!!

“To be exact, I’m her bodyguard,”Sadeeki menambah. Lilika ternganga. Bodyguard?

“No...”Lilika menyiku Sadeeki, dia tergelak dengan kata-kata Sadeeki.

“And..you?”Dougie bertanya tentang Amin yang sejak tadi diam sahaja.

“Her butler,”Amin menjawab. Dia memandang Lilika, dan meneruskan pergerakannya ke ahli di sebelah Dougie. Dougie tersengih, tidak tahu kepada siapa. Tiba-tiba sahaja dia bangun berdiri.

“You got your own butler and bodyguard?”tanyanya. Tidak berpuas hati. Lilika terkedu. Mata Dougie sedang terarah padanya. Dia tidak tahu bagaimana merahnya mukanya ketika itu. Sadeeki berwajah serius.

“Yes,”jawab Amin. Lilika memandang Sadeeki dan Amin bergilir-gilir.

“That’s totally wicked,”Dougie menghulurkan tangannya pada Lilika. “I do want to get to know you,”huluran tangan Dougie disambut Lilika. Tetapi, Lilika masih tidak mengakui yang mereka bekerja untuknya. Mereka hanya menemaninya, dan bukannya melakukan kerja untuknya. Mereka adalah sahabat-sahabatnya.

“Thank you,”Lilika tersenyum. Dougie duduk semula.

“So, please,”Dougie memberikan peluang untuk Lilika bergerak ke ahli seterusnya, Tom dan Harry.

“Ini ke Tom yang awak nak date tu?”Lilika perasan Sadeeki berbisik padanya, dia terpaksa menunduk sedikit untuk menyamai ketinggian Lilika. Lilika sedang menghulurkan buku notanya pada Tom. Lilika tersenyum, namun dia menggeleng.

“Tak, bukan yang ni,”

“Yang ni handsome,”Sadeeki ketawa kecil.

“Tak, bukan yang ni, saya suka Tom Kaulitz..yang tu saya nak date,”Lilika berbisik. “Yang ni pale sangat,”mereka berdua ketawa kecil, namun kedua-duanya tidak berniat hendak menyakitkan hati sesiapa. “Lagipun, rambut dia blonde,”

“Apa masalahnya dengan blonde?”Amin menoleh belakang. Dia memasang telinga rupanya. “Colour rambut je kan?”

“Tak, saya tak berapa berminat dengan orang yang pale,”tiba-tiba sahaja wajah Sadeeki dan Amin berubah, namun mereka segera menukar topik lain. Tetapi, Lilika sudah perasan. Pale? Ada apa dengan pucat?

 

“Semalam kena beratur panjang, dan hari ni, hujan pulak?”Sadeeki merungut. Lilika ketawa besar.

“Awak ni...banyak merungutlah, tengok pakcik Amin, rilek je!”Lilika menepuk bahu Amin yang sedang menutup kepalanya dengan buku nota kecil yang sentiasa berada di dalam poket seluarnya. Lilika perasan yang Amin tidak akan keluar tanpa buku nota itu dan BlackBerrynya. Sepanjang masa pula, Lilika dapat melihat Amin menyelesaikan urusan jarak jauh menggunakan BlackBerrynya itu, dan hampir jarang meluangkan masa sebenarnya dengan mereka berdua. Dia lebih banyak menumpukan perhatian pada BlackBerrynya, memberikan masa yang kurang pada Lilika dan Sadeeki. Lilika pada awalnya agak pelik dengan perangai Amin, tetapi, melihat Sadeeki bagaikan sudah biasa. Mungkin mereka sudah selalu menjalankan tanggungjawab bersama, jadi Sadeeki tidak begitu kisah.

‘Amin berhubung dengan orang-orang kanan tuan Ayden supaya dapat layan Tuan Ayden dengan optimum walaupun dari jauh.’

Itu sahaja penjelasan Sadeeki tentang Amin. Lilika tidak berpuas hati, tetapi, dia memilih untuk mendiamkan diri. Dia akan bertanya sendiri nanti, suatu hari nanti.

“Kita ke tempat teduh sikitlah,”ajak Sadeeki. Dia lebih tinggi di kalangan orang-orang Inggeris yang datang ke konsert McFLY pada petang itu. Lilika sudah tenggelam di dalam keramaian itu. Dia tidak mampu untuk melihat ke kiri dan kanannya. Sungguh ramai orang yang datang petang itu.

McFLY masih belum muncul. Mengikut jadual, mereka akan memulakan persembahan kurang lima minit daripada waktu sekarang. Mereka bertiga harus mencari tempat yang paling sesuai untuk menonton konsert itu dengan selesa.

Hujan rintik-rintik itu bertukar menjadi agak lebat. Lilika muncung. Rambutnya sudah agak basah, Sadeeki tidak memiliki banyak rambut, jadi agaknya dia tidak kisah tentang itu. Amin masih lagi dengan buku notanya. Cermin matanya sudah agak basah terkena air hujan, ada sedikit tanda kerisauan muncul di wajahnya.

Mereka bergerak ke sebelah kiri sedikit. Ada beberapa pokok yang tumbuh di kawasan lapang itu. Hujan itu masih lagi belum menjadi hujan ribut beserta petir, jadi rasanya selamat lagi untuk berada di bawah pokok.

Pandangan dari situ hampir sempurna. Lilika dapat melihat dengan jelas pentas konsert itu. Mereka berada dekat dengan kawasan di mana pembesar suara diletakkan, itu sahaja yang membimbangkan, yang lain, sempurna. Tanah di situ agak tinggi sedikit, dan dengan Sadeeki memberikan ruang lebih kepada Lilika untuk melihat dengan selesa, Lilika tidak boleh mengadu lebih lagi.

Konsert itu bermula, apabila Lilika dapat mendengar bunyi petikan gitar. Dia masih lagi tidak dapat mengecam irama petikan gitar siapa, kerana di dalam kumpulan muzik itu, hanya Harry sahaja yang tidak bermain gitar. Ketiga orang yang lainnya boleh menyanyi sambil bermain alat muzik bertali itu. Kadang-kadang Lilika mengharap yang dia boleh bermain gitar juga, namun dia tiada masa untuk melakukannya, dan dia tidak tahu mahu belajar dari mana. Lagipun, Rosbiru tidak memiliki wang yang cukup untuk membelikannya gitar.

Penonton yang ada mula menepuk tangan apabila keempat-empat mereka muncul di atas pentas. Ramai peminat wanita sudah mula menjerit dengan nyaringnya. Lilika memandang Sadeeki. Dia mahu tergelak, tetapi, dia turut teruja. Dia menjerit juga, namun dia tidak dapat mendengar suaranya sendiri kerana tempikan orang lain lebih kuat dari suaranya sendiri. Lilika akhirnya hanya mengikut irama peminat-peminat yang lain. Ada beberapa orang berdekatannya datang dengan kawan-kawan baik mereka. Mereka membawa kamera digital sendiri, atau ada yang membawa telefon bimbit yang canggih-canggih untuk merakamkan konsert itu, sebagai kenangan, atau sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan mereka yang kurang bernasib baik tidak boleh mendapatkan tiket pada hari itu.

Menyebut tentang tiket, Lilika tidak tahu dari mana Amin mendapatkan tiket konsert ini, kerana rasanya dia memintanya pada akhir-akhir minit. Hanya sehari sebelum konsert, dan selalunya ketika itu tiket akan terus habis dijual. Apa yang diketahuinya, Amin telah mendapatkan tiga tiket untuk mereka bertiga.

Lilika melompat-lompat, gembira apabila penyanyi-penyanyi itu mula melompat di atas pentas. Peminat-peminat di bawah itu mengikut mereka, menyanyi bersama lagu pertama yang dinyanyikan McFLY. Dia masih lagi berada di zon selesanya. Bersama beberapa peminat yang turut ada di sekelilingnya.

Ada seorang gadis berambut hitam, dan ada sedikit rambut berwarna biru di hujungnya sangat menarik. Dia sangat cantik, dan rasanya dia datang bersama teman lelakinya yang nampak biasa, tidak seradikalnya. Dia memakai choker, dan pakaiannya berwarna hitam. Skirtnya agak pendek, dan dia memakai stoking  berbelang yang panjangnya sampai ke lutut. Kasutnya agak menarik kerana ketara sekali dia memakai kasut sukan, cuma ada beberapa butang yang berbentuk menarik terjahit pada kanvasnya. Ada butang dinasour, ada juga bentuk labah-labah, dan juga Spiderman. Teman lelakinya pula hanya memakai baju T berlengan pendek biasa, dan seluar tiga suku berwarna khakis. Kadang-kadang Lilika nampak tangan lelaki itu gatal menyentuh punggung teman wanitanya, namun mereka tidak kisah agaknya. Kadang-kadang gadis itu menampar tangan lelaki itu, dan kemudian mereka akan berciuman sekejap.

Ah...menarik!

Dia menumpukan perhatiannya pada McFLY kembali. Dia melompat-lompat juga apabila mereka melompat. Dia menyanyi sekali, dan kadang-kadang sahaja dia melemparkan pandangannya pada orang lain.

Jantungnya berdegup kencang. Berada di dalam orang seramai ini, dan bukannya berwarna kulit sama dengannya, kebanyakannya berkulit putih, dan pucat, dan warna rambutnya lain, tidak semestinya hitam seperti yang selalu dilihat Lilika. Mereka kelihatan sangat bebas, dan mereka tidak kisah bersentuhan. Lilika seronok. Hatinya kembang, tetapi, dia tidak boleh melakukan perkara ini selama-lamanya.

Dia tidak boleh terus berseronok.

“Lily?”Lilika terkejut.

“Ya?”matanya terarah pada Amin yang berada di hadapannya. Dia yang menegurnya tadi.

“Jauh, kamu nampak macam termenung, betul?”Amin merenungnya, seperti seorang datuk merenung cucunya yang telah melakukan kesalahan.

“Tak,”Lilika pantas memangkas. “Mana ada, kalau McFLY ada kat depan, kenapa saya nak termenung kat belakang?”

“Mana tau,”Amin tersenyum, Lilika lega semula. Senyuman Amin nampak sangat ikhlas, kadang-kadang dia terpaksa menggigit bibirnya sendiri supaya tidak berbohong lagi pada Amin. “Kamu nikmatilah,”Amin menepuk belakang Sadeeki yang sedang berseronok, dekat dengan mereka. Rasanya dia telah membuat kawan baru, kerana dia dilihat berbual-bual bersama beberapa orang lelaki yang datang ke konsert itu. Kadang-kadang Sadeeki menangkap gambar bersama mereka.

 

Perbualan Lilika dan Tuan Ayden pada malam itu berjalan lancar. Seperti biasa, Lilika akan bercerita seperti dunia itu dia yang punya, dan selepas itu barulah Tuan Ayden akan memberi apa-apa komen tentangnya. Tetapi, Lilika perasan, tidak pernah sekali pun Tuan Ayden berkata yang dia akan datang bertemunya sendiri. Amin dan Sadeeki pun tidak pernah bekata apa-apa. Mereka memilih untuk tidak bercakap yang bukan-bukan atau membuat apa-apa ramalan tentang apa yang akan dilakukan Tuan Ayden nanti.

“Boleh..emm...saya tanya...”Lilika mahu bertanya soalan itu kepada Tuan Ayden hari ini. Dia sedang memberanikan diri sekarang.

“Apa?”

“Awak tak pernah kata awak nak lawat saya? Awak taknak datang tengok saya ke?”memerah muka Lilika apabila soalan itu dituturkannya satu persatu. Talian di sebelah sana terdiam lama. “Saya..sebenarnya...sebenarnya....kalau tuan memang tak rasa macam tu, lupakanlah yang saya pernah tanya soalan tu...”dia menepuk dahi. Bad Lily! Bad Lily! Dia mengutuk dirinya sendiri. “Sorry...”

“Takda apa-apa,”Tuan Ayden kedengaran jauh sangat. Lilika tidak tahu sama ada dia memang benar-benar jauh atau kerana soalan itu, membuatkan dia terasa telah menyakitkan hati Tuan Ayden dan perkara itu mula terjadi. Selama ini, Tuan Ayden terasa sangat mesra, seperti kawan lamanya, dan dia sangkakan yang dia boleh bertanya soalan sebegitu rupa. Nampaknya dia silap. Tuan Ayden macam tersentuh.

“Lupakanlah soalan tu, Tuan Ayden,”Lilika tergelak, cuba menyembunyikan rasa gentarnya apabila suara Tuan Ayden kedengaran agak berubah. “Lupakanlah,”

“Saya memang nak bertemu dengan awak, Lily,”Lilika terdiam. Melekapkan BlackBerry lebih dekat dengan telinganya, supaya dia dapat mendengar setiap butir perkataan yang akan dituturkan Tuan Ayden. “Awak rasa saya taknak jumpa dengan awak?”

“Tak, bukan macam tu, bukan,”Lilika serba-salah. Betullah dia terasa! “Tak, maksud saya....sebenarnya....”Lilika menelan liur. “Saya nak jumpa awak, Tuan Ayden, tapi...tapi...”Lilika tidak tahu alasan apa hendak diberikannya. Tetapi, memang benar, dia mahu bertemu muka-dengan-muka bersama Tuan Ayden untuk mengucapkan terima kasih padanya.

“Awak akan bertemu dengan saya satu hari nanti, Lilika,”darah Lilika tersirap. Pertama kali dia mendengar Tuan Ayden memanggilnya dengan nama Lilika. Selalunya, hanya Lily. Semua orang memanggilnya begitu. Amin dan Sadeeki juga. Adakah dia telah menyebabkan Tuan Ayden marah, selalunya orang yang tengah marah je yang akan sebut nama penuh. Kan?

“Tapi, kalau Tuan Ayden taknak jumpa saya pun, saya tak kisah,”Lilika ternganga. Capulnya mulut aku! Dia menampar-nampar mulutnya. Stop talking! Stop talking!!

“Saya nak jumpa awak, Lily,”namanya kembali normal. Lilika berasa hatinya berdebar-debar. “Tapi, bukan sekarang, banyak lagi yang saya kena uruskan sebelum saya dapat masa untuk bertemu dengan awak,”suara lelaki itu kedengaran berat sekali, seolah-olah sedang dilanda masalah. Lilika menunduk. Dia tidak bermaksud pun hendak menyusahkan Tuan Ayden, lebih-lebih lagi kerana Tuan Ayden tidak pernah dikenalinya. Dia tidak mahu lelaki itu berprasangka terhadapnya. Dia hanya mahu bertemu dengannya untuk mengucapkan terima kasih, dan jika ada aral melintang, dia tidak akan ambil hati. Bukan tempatnya untuk terasa hati dengan Tuan Ayden. Dia tidak layak pun untuk menerima layanan ini sebenarnya. Ketika Sadeeki dan  Amin mengaku yang mereka bekerja untuknya, Lilika terasa tersentuh. Perkara itu terlalu besar untuknya.

“Em..maaf...”Lilika bermain dengan rambutnya yang ikal. “Saya akan tunggu,”

 

  • Menaiki bas double decker
  • Bertemu McFLY!

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top