E

by xleera
Tags   malay   | Report Content

A A A A

   Paaaaaak ! bonet kereta dihentak dengan kuat agar tidak terbuka.

 

   "Terima kasih, pakcik," wang kertas berupa RM20 dihulurkan ke arah pakcik pemandu teksi itu. Nea tersenyum riang. Akhirnya sampai juga ke destinasi yang ingin ditujuinya dengan selamat. Syukur kepada tuhan.

 

   "Sama-sama ya nak," balas pakcik itu lalu mencapai wang yang telah dihulurkan oleh Nea. Setelah memulangkan bakinya, pakcik tersebut terus masuk ke dalam teksinya dan meluncur laju meninggalkan Nea sendirian.

 

   "Nombor 96... Jalan Yadong 3...." Nea membelek kertas yang ada ditangannya dengan sepenuh perasaan. Dia perlu meneliti barisan alamat yang tertera pada kertas itu supaya kecuaian tidak dialami pada saat-saat gentir seperti ini.

 

   "Aku rasa ni lah rumahnya," monolog Nea sendirian. Dia berdiri terpaku sambil memegang beg bajunya berhadapan dengan sebuah rumah teres dua tingkat yang tersegam indah. Rumah yang berwarna biru laut itu menimbulkan penegasan yang harmoni kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

 

   Ding... dong...

 

   "Assalamualaikum," loceng rumah ditekan dengan pelbagai perasaan yang berkumpul di dada. Takut sahaja dia tersalah rumah. Mana nak letak muka?

 

   "Waalaikumussalam," kelihatan seorang gadis 20-an keluar dari perut rumah. Lengkap dengan tudung litup berwarna ungu cair dikepalanya, memang menunjukkan ciri-ciri seorang gadis yang solehah.

 

   "Akak! Nea ni," sapa Nea. Tangkai jantungnya bagaikan mahu terputus apabila terlihat kelibat kakak angkatnya, Farah Amira itu. Akhirnya, tak salah!

 

   "Eh Nea. Bila sampai ni?" tanya Farah sambil membuka mangga yang terkunci di pagar rumahnya.

 

   "Baru sahaja. Nasib baik tak salah rumah. Kalau tak, malu ja," luah Nea diakhiri dengan gelak kecil.

 

   Farah tergelak. "Dah, jom masuk,"

 

   "Suami akak mana?" tanya Nea sambil berjalan masuk ke dalam halaman rumah Farah.

 

   "Suami akak pergi luar negara. Seminggu lagi baliklah. Bagus juga Nea datang. Boleh temankan akak sementara tunggu abang balik," kata Farah lalu mengajak Nea masuk ke dalam rumahnya.

 

   Nea hanya mengangguk. Senyuman riang terselah di raut wajahnya yang comel molek itu. Nea hanya membuntuti langkah Farah yang bergerak masuk ke dalam rumah. Halaman rumahnya amat kemas sekali. Satu kolam ikan mini yang cantik dibina di tepi rak kasut memang menyedapkan pandangan. Kalau luar sudah bak istana, belum lagi dalamnya!

 

   Selangkah demi selangkah diaturkan. Ternyata, apa yang difikirkannya memang benar sama sekali. Farah memang kemas orangnya. Kadang-kala Nea sendiri tidak menyedarinya. Tsk.

 

   "Nea ni bilik Nea. Kalau ada apa-apa bagitahu akak. Nanti akak tolong survey-kan kerja untuk Nea eh," tombol pintu itu dipulas perlahan.

 

   "Terima kasih kak. Okey," balas Nea ringkas. Dia masuk ke dalam bilik itu bersama beg baju yang masih tidak lepas dari tangannya.

 

   "Akak ada hal. Apa-apa Nea on-call tau?" Nea hanya mengangguk. Farah segera keluar dari bilik itu.

 

   Setelah Farah keluar dari biliknya, Nea segera merebahkan badannya di atas katil bersaiz queen yang agak empuk itu. Perjalanan dari kampung ke Kuala Lumpur amat memenatkan baginya. Sedang dia mahu sahaja berubah ke alam fantasinya, telefonnya mula berdering.

 

   "Hello?" sapa Nea dengan nada suaranya yang dileretkan.

 

   "Nea! how are you?"

 

   "Ah, Aiman. Saya dah sampai ni,"

 

   "Baguslah. Kenapa suara macamtu?" Aiman tergelik kecil.

 

   "Penat arghhh"

 

   "Oh okey. Take a rest. Esok saya call awak balik,"

 

   "Okey,"

 

   Panggilan dimatikan. Disebabkan terlalu penat, Nea terus terlelap setelah panggilan tersebut hilang dari pendengaran.

 

   

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

whatever  on says:
New reader here~
Love your story.....
Update ok =3

queen_q_minz  on says about chapter 2:
hurm... apa jadi yer lepas ni.. tak sabar nak tahu.. mcm mn nea ni kenal dengan kakak angkat dia ni??

btw, part yg kakak angkat dia tanya "dah lama sampai?"
mcm kelakar, sbb dia ada depan pagar, xkan dia dah lama sampai then tunggu 10 minit baru nak tekan loceng.. XD hihihiihi

hihi.. *subscribe* nk tau apa jadi next ^^ weeeeeeeeeeeeee

queen_q_minz  on says about chapter 1:
Nea bersungguh2 nak kejar impian dia. bagus2, muda2 dah ada semangat yang tinggi ^^

amusuk  on says about chapter 2:
This is so good!
Poor Aiman :')
ah, hello first, i'm new reader.
Keep writing, Ms Author~!

Wild-Doll  on says about chapter 2:
update cepat-2 ~ btw. tergelik ? apakah ? XD

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top