Save Me

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

“ARE YOU THERE THIS WHOLE TIME?”tanya Bill, suaranya kuat, boleh mengejutkan setiap penghuni hotel ketika itu.

“I’VE BEEN HERE, FOUR DAYS!”Lilika menunjukkan angka tiga menggunakan tangannya. Bill menekup mulutnya.

“I CAME HERE THE DAY BEFORE YESTERDAY,”Lilika dan Bill ketawa. “LET’S GO SOMEWHERE ELSE!”Lilika mengangguk. Tidak sangka yang sebenarnya rombongan Tokio Hotel menginap sehotel dengannya. Dia tidak pernah mengetahui di mana Tokio Hotel menginap kerana selalunya pihak pengurusan tidak akan memberitahu mana-mana pihak di mana selebriti itu akan berada untuk mengelakkan kerumunan peminat, tetapi selalunya rancangan mereka tidak berjaya.

“WHERE?!!”

“DOWNSTAIRS!”Bill tidak menunggu lama. Dia sudah masuk ke dalam biliknya. Lilika terkebil-kebil. Dia melangkah masuk ke dalam bilik, menutup pintu gelongsor dengan tenangnya, sebelum dia melompat kegembiraan.

Dia menukar baju tidur yang dipakainya dengan baju-T hitam dan baju panas bulu kambing yang dikait sendiri oleh Kak Aziah untuknya sempena hari lahirnya yang ke-18. Baju itu masih nampak baru dengan warna merah raspberi. Warna kegemarannya. Dia menyepit rambutnya ke atas, supaya dia tidak berasa rimas sangat.

Tok! Tok!

Lilika meluru ke pintu, menyelak rambut yang terjatuh ke hadapan wajahnya. Dia membuka pintu.

Bill berada di hadapannya, wajahnya memerah kerana terburu-buru keluar tadi. Atau mungkin sahaja dia malu dengannya.

Tidak mungkin.

“Hai,”Lilika mengambil beg galasnya, dan keluar dari biliknya.

 

“It’s really late in the night,”Bill memberikan komen. Dia memakai topi besbol yang boleh menutup sebahagian besar wajahnya.

“Yes,”Lilika memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Malam itu sangat sejuk. Dia tidak nampak mana-mana bintang di langit. Tiba-tiba dia takut dengan kemungkinan akan hujan malam itu. “Where do we go?”

“I don’t know, I’m not a resident here,”mereka berdua ketawa.

“Me neither,”Lilika perasan Bill sengaja berjalan di sebelah jalan raya untuk melindunginya daripada dilanggar mana-mana kereta, walaupun ketika itu tidak banyak kereta pun. Sudah hampir tidak ada, kerana sudah agak malam.

“I know somewhere,”Bill tiba-tiba mendapat idea. “We can go in the casino,”

“I don’t gamble,”

“We can go in any bar,”

“I don’t drink,”

“What can you do?”Bill nampak kecewa.

“I can skate, I can cook,”Bill nampak kagum. “What do you think?”

“I don’t eat that much,”Lilika nampak sebuah kerusi panjang. “But we can sit and talk,”

“On the bench,”mereka berdua duduk bersama-sama di atas kerusi panjang itu. Menghela nafas panjang, melihat kiri kanan, sebelum sama-sama menyedari yang mereka ada bersama masing-masing.

“I’m bored,”Bill mengeluh. “Tom went out with our manager and Georg, and Gustav... I rather leave him alone,”dia bersandar. Tangannya didepangkan, lengan kanannya berada di belakang Lilika, bersandar di atas kerusi itu. Lilika dapat nampak wap yang keluar dari mulutnya, ketika dia bercakap, dia tidak dapat menghalang dirinya dari tersenyum.

“Me too,”

“I hope somebody will save me, from boredom,”dia memandang Lilika. Lilika tergelak. “I wasn’t expecting you,”

“Me too,”Lilika menjungkit bahu. “We’ll never know,”Lilika mengangkat kakinya, memeluk lututnya. Dia terasa sejuk pula. “I was thinking of somebody too, saving me,”

“From what?”Lilika terdiam. Dia terasa bersalah. Dia sudah pun melanggar peraturan yang ditetapkan Amin dahulu, dan dia akan rasa lebih bersalah jika dia menceritakan segala-galanya kepada Bill. Tetapi, dia pernah bercerita pada Tom.

Darahnya tiba-tiba tersirap.

Dia pernah memberitahu orang lain tentang perjalanan ini. Dia pernah memberitahu Tom.

Dia menoleh, memandang wajah Bill yang nampak pelik melihatnya.

“I told Tom about it,”

“What?”Bill tidak mengerti. Gadis di hadapannya berkelakuan pelik. Dia berkira-kira mahu lari sekarang.

“Did Tom tell you anything?”

“He didn’t tell me about you, or any girl at all, all he bragging about is him,”Bill mengutuk abangnya. Lilika mahu ketawa, tetapi dia terasa bulu romanya meremang sekarang.

Amin pernah memberitahunya supaya tidak bercakap apa-apa tentang perjalanan mereka ini kepada sesiapapun. Termasuklah kawan karib Lilika sendiri, Aliyah. Dia tidak pernah memberitahu Aliyah, dia hanya memberikan poskad kepada Aliyah, itu sahaja. Tetapi, dia ada memberitahu Tom. Adakah Amin akan tahu tentang itu?

“What did you tell Tom?”Bill dapat meneka apa yang sedang bermain di dalam minda Lilika sekarang, sesuatu yang diketahui Tom tetapi bukan dia. Tetapi, bila masa pula Tom dan Lilika bertemu? Kenapa Tom tidak memberitahunya tentang Lilika sedangkan Tom tahu betapa gembiranya Bill apabila mengenali Lilika dan mendapat nombor telefonnya. Tom tahu Bill mahu bertemu Lilika dengan kerap, mengajaknya ke mana-mana, dan Tom tahu sesuatu tentang Lilika yang dia tidak tahu.

“Nothing personal,”Lilika mengelak daripada bertembung mata bersama Bill. Dia terlepas cakap ke tadi?

“It’s personal when it comes to Tom, he’s my brother,”

“It’s nothing..”Lilika memberanikan diri memandang Bill. “Betul, tak tipu!”

“Hah?”Lilika terlupa, Bill tidak bercakap bahasanya.

“Nothing,”Lilika menggelengkan kepala. Dia mengangkat punggung. Bill menarik tangannya, memaksanya duduk kembali. Bill meletakkan tangannya di atas paha Lilika, membuatkan gadis itu tersentak, dia hampir menjerit, tetapi melihat wajah Bill dia terduduk kembali.

“Please, tell me,”Bill bercakap separuh merayu. Dia mahu tahu juga apa yang tidak diketahuinya tetapi Tom... “When did you met him?”

“Two nights ago,”Bill berfikir sejenak. Dia memandang Lilika yang tidak selesa dengan tangan berada di atas pahanya. Dia menolak tangan Bill.

“Sorry...”gumamnya. Lilika tersenyum nipis.

Mereka terdiam. Bill berasa serba-salah, merasa dia telah memaksa Lilika menceritakan sesuatu yang tragik pula. Lilika masih mahu berfikir tentang apa yang akan berlaku jika dia melanggar peraturan sekalipun. Tetapi, alang-alang, lebih baik dia ceritakan sahaja. Sekurang-kurangnya beban di bahunya agak kurang. Dia mahu bertanya kepada sesiapa sahaja yang dikenalinya tentang Tuan Ayden, untuk melepaskan isi hatinya kepada sesiapa sahaja supaya dia dapat melepaskan geramnya kerana ditinggalkan untuk berada di dalam kegelapan, tidak mengenali mana-mana tiga-tiga lelaki itu dengan baik, walaupun mereka nampak sangat rapat dengannya.

“Promise me,”Lilika menelan liur. “You won’t tell anyone,”

“I won’t,”Bill mengangkat tangan kanannya, mahu mengangkat sumpah. “I’ll get bit by a mad dog if I do,”Lilika tergelak. Sempat lagi membuat lawak dalam masa yang serius ini. Bill gembira melihat Lilika sudah ketawa sekarang. “One day, I met an old man,”

Lilika bercerita, sama seperti ketika dia memberitahu Tom segala-galanya. Bill sama seperti Tom, mendengar, dan bertanya soalan kemudian. Walaupun begitu wajah Bill lebih penuh dengan perasaan berbanding Tom. Dia nampak lebih berminat, sedangkan Tom hanya berminat dengan Lilika, dan bukannya ceritanya.

“Who is this...Ayden?”

“I don’t know,”hanya itu mampu diberitahunya. Memang benar, dia tidak tahu apa-apa tentang Tuan Ayden.

“Is he really a man?”

“What do you mean?”

“Maybe he is a she, I don’t know, sometimes people can be mistaken,”

“Like you,”Bill menggelengkan kepala.

“He is a billionaire, as you said, but I never heard anyone named Ayden with that status,”Bill memetik jari. “I know, Google it,”

“There is no billionaire in any part in the world name Ayden,”Lilika sudah lama kecewa. Dia cuba mencari maklumat mengenai Tuan Ayden apabila Sadeeki dan Amin tidak melihat. Ketika dia berada di dalam biliknya. Tetapi, dia hampa. Dia tidak dapat mencari siapa Tuan Ayden. Amin dan Sadeeki sangat berhati-hati dalam berbicara mengenai Tuan Ayden, tidak satu ciri pun tentang dia terlepas dari mulut mereka. 

“What are you going to do now?”

“I don’t know,”mereka berdua berpandangan. “I think we should stop talking about this, immediately,”

“Sure,”Bill mengangguk-angguk. Mereka bersandar pada kerusi itu, melayan perasaan masing-masing selepas curahan hati Lilika tadi. Selepas kisah Lilika tadi, Bill mendapati dirinya sendiri tertanya-tanya tentang Tuan Ayden. Lilika di sebelahnya hanya mendiamkan diri, tidak bercakap apa-apa. “Tom didn’t told you anything about us, staying in the same hotel with you?”Lilika menggeleng. “I bet, he’s drunk,”

“He said he didn’t that night,”Bill mengangguk-angguk, memikirkan sesuatu. Lilika memandang sekeliling mereka. “And he thought I’m a stalker,”

“A very nice, pretty stalker too,”Bill menambah. Mata Lilika membulat.

“I’m not a stalker.”dia pernah mengucapkan kata-kata itu kepada Tom juga pada malam itu. Bukan benar-benar sama tetapi dia pernah memberitahu Tom yang dia bukan apa yang disangka. Dia tidak pernah menyangka yang mereka akan bertemu sekerap ini. “Is it what you always thinking of us, the girls fans?”Bill terkedu. Dia menekup mulutnya. Agaknya dia hampir mahu mengatakan ‘ya’, tetapi melihat wajah Lilika yang berubah serius, dia tahu Lilika tidak suka dianggap begitu. “I wanna go back to my room,”Lilika bangun, tiba-tiba merasakan yang apa yang sedang dilakukannya sudah tidak seseronok dahulu. Bertemu dengan selebriti tidak seperti apa yang disangkanya.

Dia tidak pernah menjadi sefanatik itu. Dia tidak akan menjadi seorang stalker biar betapa sukanya dia pada seseorang itu.

“Lily!”Bill tahu dia ada tersilap cakap tadi. Dia tidak maksudkannya. Tetapi niat sebenarnya hanyalah untuk memuji Lilika.

Lilika tidak mempedulikannya, dia mempercepatkan langkahnya untuk berlalu pergi dari Bill. Bill mengejar. “Don’t leave me alone!”Lilika tidak bercakap apa-apa. Dia menguatkan pegangannya pada baju panas bulu kambingnya. Bill berdiri di hadapan Lilika. Dia  menggigit bibir.

“Sorry.”Lilika menggumam. Dia berhenti, merenung Bill yang berdiri di sisinya. Bill menelan liur, memandang Lilika, seolah-olah mahu memeluknya, mahu menghalangnya daripada berlalu pergi. “I’m not a stalker,”

“I don’t want you to be one,”Bill memegang kepalanya. “I never meant that,”

“It’s okay, I just wanna go to my room,”Lilika mendongak. Dia sudah menjangka yang akan hujan tidak lama selepas itu. Bill tersenyum.

“Are you still mad at me?”

“No,”Lilika menggosokkan kedua-dua tapak tangannya bersama. Terasa dingin sekali. Kepalanya terasa berat pula. Mereka berdua berjalan balik, sama-sama menyedari yang selepas ini cuaca akan berubah. Lilika menunduk, memandang kakinya sendiri sambil dia berjalan. Bill di sebelah memandang kiri kanan, sebelum dia mencapai tangan Lilika yang berada di sisinya.

“Your hand is cold,”Lilika terkedu, namun dia tidak berupaya hendak menarik kembali tangannya. Tangan Bill yang berbalut sarung tangan kulit itu terasa panas sekali. “Are you okay?”

“Yes,”wajahnya panas, apabila Bill menunduk, mengambil berat tentang perubahan dirinya. Dia terbatuk-batuk.

“Have you come to any cold country like this before?”Lilika menggelengkan kepalanya. “We have to go back quickly,”Bill kedengaran cemas. Lilika menggigit bibir bawahnya. “Wear this,”Bill menanggalkan sarung tangannya, dan memakaikannya ke kedua-dua tangan Lilika. Lilika terpegun.

“No, I’m okay,”Lilika cuba menolak, tetapi wap yang keluar dari mulutnya setiap kali dia bercakap membuatkan dia agak lemas. Dia tidak pernah keluar selewat ini, kecuali bersama Tom tempoh hari. Tetapi, malam itu agak panas berbanding malam itu, ditambah pula, hujan sudah mula turun.

“You will need this, I’m okay, I’ve been to a colder place,”Bill menggenggam tangan Lilika, sambil kedua-dua mereka berlari-lari anak untuk pulang ke hotel.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam hotel, hujan di luar ditambah dengan deruman petir dan guruh. Bill membawanya ke sofa yang berada di lobi, mendudukkan Lilika yang kesejukan. Bill menyentuh wajah Lilika. Lilika masih kekal sedar, tetapi kepalanya pusing. Dia tersenyum pada Bill.

“You almost faint,”ujar lelaki itu, berhadapan dengan Lilika.

“I know, but I didn’t,”Lilika masih mampu membuat Bill ketawa kecil, walaupun dia risaukan keadaan Lilika.

“You need a hot chocolate,”Bill mengambil telefon bimbitnya, dan dia menelefon seseorang. Dia duduk di sebelah Lilika, melihatnya dengan teliti. Wajah Lilika terasa panas semula, apabila matanya bertembung dengan mata Bill. Tetapi, sekurang-kurangnya Bill telah menyelamatkannya. Dia memberikan sarung tangannya sendiri kepada Lilika, dan membiarkan tangannya sendiri kesejukan. Dia dapat merasakan sejuknya tangan Bill apabila dia menyentuh wajahnya.

“I want to go back,”Lilika bangun, tetapi tiba-tiba dihalang oleh seorang lelaki yang badannya lebih kurang sama besarnya dengan Sadeeki. Cuma, yang ini dia lebih cerah.

“Oops, sorry,”

“Hah?”Lilika terpinga-pinga, dia terduduk kembali di atas sofa. Memandang lelaki itu. Bill bangun, bercakap-cakap dengan lelaki itu. Lilika memandangnya, terasa bagaikan pernah dilihat di mana-mana lelaki yang sedang bercakap dengan Bill.

Ya, bodyguard.

Bodyguard Tokio Hotel.

Beberapa minit selepas itu, Lilika mendapati dia berada di dalam restoran di tingkat bawah hotel, meminum minuman coklat panas yang dipesan Bill untuknya. Pengawal peribadi tadi sudah berada di meja lain, meninggalkan Bill dan dirinya berdua di meja yang berada di sudut yang agak tersorok. Walaubagaimanapun, dia masih tidak merasa selesa. Bill tidak bercakap apa-apa, dia asyik dengan teh yang dipesannya. Ada biskut bergula yang berada di dalam piring di tengah-tengah meja.

“Hazelnut cookies, you want it?”tanya Bill. Lilika menggelengkan kepala. Bill menjungkitkan bahu, dia mengambil sekeping biskut itu, menikmatinya. “Nice,”

“You talk a lot,”Lilika memegang kepalanya. Bill ketawa kecil.

“Everyone said that,”

“You talk a lot in English,”Lilika tersenyum. Bill mengangguk. “It has been a while since you’ve become a hottie in US,”Bill tersengih. Lilika melemparkan pandangannya ke luar. Tingkap itu dibasahi dengan air hujan. Hujan lebat di luar, dia menggeletar di dalam.

“I can’t talk German with you,”

“Guess, I can’t talk my own language too,”Bill mengangguk. Matanya menatap Lilika. Tetapi, tidak lama kemudian, kepalanya terlentok ke sisi kerusi.

“I’m sleepy,”Bill kedengaran bagaikan merengek. Pengawal peribadinya yang tadi hanya memerhati datang, berbisik sesuatu kepada Bill dan Bill hanya mengangguk lemah. Dia bangun, “They want me to sleep in the room,”dia muncung. Lilika tersenyum.

“I will send you to the room, too,”ujar pengawal peribadinya itu kepada Lilika. Lilika meneguk air coklatnya sekali lagi dan bangkit, mendapatkan Bill dan stafnya itu.

“Great,”Bill berjalan di sebelah Lilika. Di belakang mereka staf Bill. Mereka menaiki lif, dan dalam perjalanan untuk naik ke atas, ada seseorang menekan butang lif dari sisi yang lain.

Pintu yang lain terbuka.

Georg dan Tom muncul di hadapan lif itu.

“Tom!”Bill memberikan ruang untuk Tom dan Georg untuk menyempitkan diri di dalam lif itu. Lilika berdiri di sebelah Bill, badannya terasa penat sangat, dia boleh tidur dalam keadaan berdiri jika tidak bukan Tom muncul di hadapan matanya. Tom bergerak ke belakang pengawal peribadi mereka, dan ada pengurus mereka, berdiri tepat di hadapan pintu lif sebelah kanan. Lif itu memiliki dua pintu, di sebelah utara dan selatan.

Lilika bersandar pada lif. Tom perasan dia berada di situ apabila Bill membelakangi mereka, dan memberikan ruang kepada Georg untuk berdiri di sebelah Tom. Mereka berhadapan sekarang.

Lilika tidak mampu bersuara. Suaranya tidak mahu keluar, walaupun dia hanya mahu mengucapkan ‘hai’ kepada Tom. Wajah Tom merah, dan dia nampak macam dia sedang marah, kerana dia mencarut beberapa kali tadi sebelum dia masuk ke dalam lif dan terpandangkan Lilika. Lilika menunduk, mencuba melarikan wajahnya dari dipandang Tom.

Perjalanan naik ke atas sangatlah lama, dan Lilika perasan yang dia seorang sahaja perempuan di dalam ruangan kecil itu.

Tom perasan dia sedang menatapnya.

Awkward.

Lilika menelan liur. Kakinya sudah bersedia mahu melarikan diri sebaik sahaja lif itu sampai ke tingkat 12 nanti. Suasana di dalam ruangan lif itu sangat diam sekali, masing-masing melayan perasaan masing-masing. Pengurus mereka nampak serius, Georg pula bersandar sambil mencangkung di lantai lif. Dia hampir tertidur jika bukan kerana Bill mengajaknya berbual. Pengawal peribadi itu pula hanya mengeras di situ, tidak bergerak satu otot pun. Dan Tom?

Tom diam membisu, matanya tertancap pada Lilika. Dia perasan matanya beralih beberapa kali pada tangannya. Lilika mahu menepuk dahi, dia sedang memakai sarung tangan Bill! Dia lupa menanggalkannya. Jika dia menipu yang itu adalah sarung tangannya pun, memang tidak akan ada orang yang percaya kerana sarung tangan itu nampak besar untuk tangannya. Lilika sangat teringin untuk berubah menjadi burung unta, supaya dia boleh membenamkan kepalanya ke dalam tanah.

Tingkat 12.

Lilika menarik nafas lega. Dia memandang pengawal peribadi itu, dan menghadiahkan senyuman padanya, apabila dia melangkah keluar. Dia melangkah keluar dari lif. Dia berdiri di situ, menunggu pintu itu tertutup kembali.

Jantungnya terhenti sebentar apabila matanya perasan anak mata Tom. Serius dan dingin.

Dia terkaku sebentar di hadapan lif yang tertutup itu, sebelum dia berlari ke biliknya sendiri.

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top