Raise Your Hands

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

“Nasib baik tempat ni tertutup,”Amin melangkah masuk ke dalam dewan yang sangat besar itu, untuk konsert seterusnya yang dihadiri mereka bertiga. Tokio Hotel. Lilika sudah begitu teruja untuk menghadirinya kerana dia bersiap lebih kurang lima jam sebelum, mencari baju apa untuk dipakai, mencari-cari di dalam majalah inspirasi mekap yang akan dikenakannya. Akhirnya Sadeeki dan Amin bersetuju untuk Lilika mengenakan sahaja mekap yang selalu dipakainya. Pengilat bibir berperisa epal, penggaris mata, dan juga minyak wangi Burberry yang dihadiahkan Amin padanya.

Rambut Lilika yang ikal itu tampak agak basah hari ini. Tetapi, rambutnya yang menyerupai Vanessa di dalam Gossip Girl itu sangat cantik. Hitam dan sihat. Sadeeki yang menemaninya ke salun, kerana Amin pergi ke pejabat antarabangsa Paris untuk menguruskan sesuatu berkaitan dengan mereka bertiga di sana. Lilika tidak pernah mengambil tahu tentang apa yang diuruskan Amin, kerana selalunya jika dia bertanya pun, Amin tidak akan memberitahu. Senyum dan pergi. Itu sahaja selalunya berkaitan dengan Amin. Biasanya begitulah apabila mereka bertukar negara.

“Nak ke depan lagi?”tanya Sadeeki. Lilika mengangguk. Sadeeki menggunakan badannya yang tinggi dan besar itu untuk membuka laluan pada Lilika untuk bergerak ke hadapan. Berkat apa yang dilakukan Sadeeki, mereka mendapat tempat yang paling hadapan. Memang benar-benar di hadapan pentas. Lilika menjerit kegembiraan apabila mereka sampai di hadapan sekali. Memang nampak dia sangat seronok. “Ramainya orang...”

“Hmm..”Lilika pun kagum dengan betapa ramainya orang yang datang ke konsert itu. Dia kagum juga dengan kebolehan Sadeeki untuk mendapatkan tempat paling hadapan. Apabila mereka sampai pada petang tadi, sudah berbatu-batu orang beratur untuk masuk. Panas juga di dalam itu, dengan beberapa kali Lilika melihat Sadeeki mengelap peluh di dahinya dengan belakang tangan. Lilika memberikan sapu tangannya kepada Sadeeki, kerana Lilika sendiri bukan orang yang kuat berpeluh. Tubuh Sadeeki sudah agak lencun, dan konsert masih belum bermula. Nasib baiklah dia tinggi, jadi dia mendapat lebih udara daripada Lilika yang terasa sesak nafas sejak awal dia masuk ke dalam dewan itu. Rasanya ada masalah pengudaraan.

Amin terbatuk di belakang, Lilika perasan.

Memang ada masalah pengudaraan.

“Bila nak start?”tanya Amin. Lilika menjungkit bahu. Bukan dia yang menguruskan konsert itu, kan?

Dia memandang jam tangannya. Sepatutnya sudah bermula sejak sepuluh minit yang lalu. Mungkinkah ada kerosakan teknikal, sampai kumpulan itu tidak muncul-muncul lagi? Lilika berpandangan dengan Sadeeki, dan Sadeeki telah melihat ada beberapa krew yang ada di situ, sudah memandang jam tangan mereka sendiri.

Tiba-tiba muncul visual jam di skrin besar yang disediakan di situ. Lilika mengerutkan kening.

Tiba-tiba terdengar bunyi siren yang kuat, sangat kuat. Dia baru perasan dia berada betul-betul di bawah pembesar suara. Lilika memandang Sadeeki. Sadeeki tersengih.

“Kebetulan kita akan duduk kat speaker lagi,”ujarnya, membuatkan Lilika ketawa.

Rupa-rupanya itu adalah gimik. Lilika hampir terjatuh ke belakang apabila tiba-tiba sahaja pentas itu meletup. Mungkin bukan pentas itu yang meletup, mungkin sahaja ada mercun yang diletakkan di situ.

Haha.

Mulut Lilika ternganga apabila bintang yang ditunggu-tunggunya selama ini muncul. Dia menjerit kegembiraan. Terlupa yang dia sebenarnya bercadang hendak berlagak biasa sahaja, seolah-olah bintang-bintang itu tidak memberikan kesan padanya. Masih rupanya. Dan, masih sangat kuat.

Konsert itu berjalan lancar walaupun Tokio Hotel muncul agak lewat daripada apa yang dijadualkan. Mereka meminta maaf dan hanya memberitahu apa yang berlaku, kesilapan teknikal. Tetapi, Lilika tidak dapat mengelakkan matanya dari terpandangkan beberapa kali Tom melihat kepada adik kembarnya, Bill apabila lelaki itu meminta maaf. Georg dan Gustav tidak menunjukkan sebarang emosi, terutamanya Gustav.

Lilika menyanyi sekali, dan sepanjang persembahan yang mengambil masa lebih kurang dua jam itu, dia tidak melihat kiri dan kanan. Hanya ke pentas. Hanya pada empat orang yang sedang menikmati kehidupan mereka di atas itu, popular dan menarik perhatian. Apabila mana-mana antara mereka melemparkan apa-apa pada keramaian orang itu, dia akan menjerit sekali. Dia akan cuba berlari untuk mendapatkan barang apa yang dilemparkan itu, sama ada botol, atau tuala, atau pemetik gitar, apa-apa sahaja. Tetapi, mestilah dia tidak akan dapat. Dia terlalu jauh ke hadapan. Ramai lagi yang berada di tempat jatuhnya barang itu, di situ, pastinya akan ada beberapa orang lagi bergaduh untuk merebutnya. Lebih-lebih lagi gadis-gadis. Sepertinya.

“AWAK TAK KATA YANG DIA AKAN BALING AIR!!”Sadeeki terpaksa bertempik kepada Lilika, ketika konsert itu berakhir. Terlalu bising.

“ITU RITUAL DIORANGLAH!!”balas Lilika sambil tergelak-gelak. Rambutnya basah juga dengan peluh dan air yang dicurahkan ahli kumpulan itu kepada peminat-peminat mereka selepas konsert itu berakhir. Hampir berakhir.

“AWAK PATUT BERITAHU SAYA! KALAU TAK, SAYA TAKKAN KE DEPAN!”Lilika tergelak-gelak lagi, apabila Sadeeki mengelap kepalanya yang basah, dengan sapu tangan yang diberikan Lilika tadi.

“JANGAN MARAH, CIK ABANG!! LEPAS NI KITA PERGI BELI TUALA!”

Mereka berdua ketawa. Lilika memandang Amin. Dia masih selamba berada di bawah itu, tidak mempedulikan rambut putihnya yang basah. Lilika menyeluk poketnya, mengeluarkan sapu tangan keduanya yang dibawa kepada Amin. Dia mengelap wajah Amin. Amin merenungnya, pada awalnya dia agak tersentak, namun dia membiarkan sahaja Lilika mengelap wajahnya sehingga kering. Beralih pula ke kepalanya yang basah.

“There,”dia tersenyum. Dia perasan dalam tangan Amin ada BlackBerrynya. Pastinya dia menguruskan Tuan Ayden secara jarak jauh lagi. “Pakcik tak boleh kena basah macam ni,”

“Saya tak apa-apa,”tangannya memegang kepalanya. “Lagipun, lepas ni, saya kena temankan kamu lagi,”

“Ke mana?”

“Backstage, saya dapat pass dari management,”Lilika terasa jantungnya berhenti berdegup sebentar.

Backstage?

Backstage di konsert?

Backstage di konsert Tokio Hotel?

Lilika memegang dahinya, mencuba untuk tidak pitam dengan kegembiraan. Dia kehilangan kata-kata pada awalnya, dan sepuluh saat yang awalnya, dia tidak dapat memberikan apa-apa respons sekalipun. Seluruh badannya kebas, tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh Amin tadi.

“Hei,”Lilika melompat apabila Sadeeki tiba-tiba menyigung sikunya. “Kenapa?”

“Dia dapat ke backstage selepas ni,”terang Amin dengan senyuman bermain di bibirnya. Lilika tidak dapat tidak tersenyum lagi. Dia berada di awang-awangan sekarang.

“Jom,”Sadeeki mengajak.

“Ke mana?”Lilika bingung. Dia baru turun dari awan.

“Backstage?”Amin mencelah.

 

Kaki lima yang paling panjang pernah Lilika jumpa. Tidak tahulah sama ada perasaannya sahaja, atau memang kaki lima itu panjang. Dia diiringi oleh Amin dan Sadeeki dan beberapa kakitangan konsert itu yang membawa mereka ke situ apabila Amin menunjukkan mereka sesuatu yang ada di dalam BlackBerrynya, dan apabila Amin menunjukkan sekeping kad pada mereka, mereka terus tahu apa yang patut dilakukan.

Lilika menggenggam erat kedua-dua tangannya sekali. Perasaan ini lebih menakutkan daripada apa yang pernah dirasakannya sebelum ini. Dia terasa bagaikan mahu berhenti, dan berpatah balik dalam keadaan berlari. Tetapi, kakinya terus melangkah ke hadapan.

Dia baru sahaja melihat kembali wajahnya di dalam cermin bilik air, dan tidak ada apa yang perlu diubah, hanya mencalitkan sedikit lagi pengilat bibirnya, dan menambahkan wangian pada dirinya.

Dia tiba-tiba berhenti.

“Kenapa?”Sadeeki yang pertama kali perasan Lilika tidak berada di sebelahnya.

“Saya takut,”dia menggigit bibir. Sadeeki tergelak kecil.

“Oh, janganlah macam tu, nak pergi jumpa Tom ni, awak suka dia kan?”Lilika mengangguk. “Jomlah, sikit lagi,”

“Tak, saya takut,”Lilika menyandarkan tubuhnya pada dinding. Kakinya tidak mahu melangkah lagi ke hadapan.

“Ini apa yang awak nak buat, Lily, lagi senang dari Bungee Jumping,”Sadeeki tersengih apabila Lilika mengangguk, tetapi kemudian dia menggelengkan kepala.

“Apa jadi kalau sebenarnya diorang sibuk dan takda masa nak jumpa kita sebenarnya?”

“Lily,”Amin mencelah. “Mereka lengahkan masa untuk pulang ke hotel, sebab saya minta mereka tunggu untuk kamu,”

“Tapi, saya takutlah, apa agaknya yang diorang fikir tentang saya,”

“You’re beautiful,”Sadeeki meletakkan tangannya ke atas kepala Lilika. Lilika terkebil-kebil. “Itu sahaja yang akan muncul dari kepala mereka bila pertama kali mereka nampak awak nanti, you’re beautiful, awak tak payah nak berlagak cantik pun, orang tahu awak cantik, Lily,”Lilika terkedu. Pertama kali dia mendengar seorang lelaki memujinya cantik. “Jom,”

“Jom,”Amin menghulurkan tangannya. Lilika menyambutnya, dan mereka berjalan beriringan ke hujung kaki lima di mana Tokio Hotel sedang menunggunya. Tokio Hotel!! Lilika tidak dapat mempercayai apa yang berlaku padanya sekarang.

Mereka hampir sampai ke hujung. Telinga Lilika dapat menangkap bunyi beberapa orang bercakap, berbual dan bergelak ketawa. Dia dapat mengecam beberapa suara itu, berkat hasilnya melayari Internet semata-mata mahu mengenali mereka berempat dengan lebih dekat. Lilika memejamkan matanya. Mencari kekuatan dengan berdoa.

Lilika meneguk liurnya sendiri apabila mereka bertiga berhenti berjalan. Empat orang lelaki yang paling ingin ditemuinya di dalam dunia berada di hadapan matanya. Dan ketika itu jugalah dia merasakan mulutnya kebas. Lidahnya kaku, dan kakinya tidak mahu melangkah lebih jauh ke hadapan.

Sadeeki yang pertama kali muncul ke hadapan, berjabat tangan dengan keempat-empat anak muda itu. Kemudian, Amin, dan tibalah giliran Lilika.

“Hai,”Lilika menyapa. Pertemuan ini lebih peribadi berbanding pertemuannya bersama McFLY hanya beberapa hari yang lalu. Dia bersalaman dengan mereka, menyedari yang tangannya menggeletar dengan hebat.

“Nice to meet you,”ujar Bill, dia tersenyum melihat Lilika yang nampak takut-takut. Mungkin juga sedang menghakimi Lilika pada pertemuan pertama.

“Yeah, thank you.”Lilika menjeling Sadeeki untuk kekuatan, dan dia dapat mencarinya dalam senyuman lelaki itu. “So...”

“What’s your name?”tanya Georg.

“Lily,”dia tersenyum pada mereka bertiga, kecuali Tom yang rasanya sedang mengikat tali kasut. Sempat lagi?

“Are you a French?”tanya Bill. Mukanya menunjukkan kesungguhan. Lilika menggelengkan kepala.

“No, I’m a foreigner,”Lilika memandang Amin. Dia sudah berasa selesa, kerana rasanya mereka tidak melayannya seperti teruk sangat. Seperti yang difikirkannya. “I came here, to visit Eiffel Tower, and stuff, and then, I hear you are coming, so, I say, why not we go straight ahead to the concert,”

“Okay,”Bill berpandangan dengan Georg. Lilika sedang berdiri sekarang.

“Come,”tiba-tiba Tom muncul. “Come sit here,”dia menunjukkan tempat kosong yang berada di sofanya. Di sebelahnya. Lilika kaku pada awalnya, namun Sadeeki menolaknya sedikit, menyuruh Lilika untuk maju, dan mendapatkan tempat itu.

Sekarang, dia berada di sebelah Tom. Sangat dekat, dia dapat nampak tahi lalat yang berada di pipi kanan Tom dengan lebih jelas. Tom sedang merenungnya, mata coklatnya sangat cantik.

“What do you wanna ask?”tanya Tom, esen Eropahnya sangat jelas. Lama untuk Lilika menafsirkan apa yang dikatakan mereka sebenarnya. Mujurlah dia sudah melakukan ulangkaji sebelum ini.

“Nothing, just want to hang out with you guys,”

“Awesome,”Tom mengangguk-angguk.

“I...actually...”dia menelan liur. Dia tahu mata Tom terarah padanya, wajahnya merah sekarang, walaupun dia agak gelap berbanding Tom. Mestilah, dia orang Asia. “They brought me here,”

“I’m Sadeeki,”Sadeeki tiba-tiba menyampuk. “Her bodyguard, he is her butler,”Sadeeki mengarahkan ibu jari kanannya pada Amin. Amin tersenyum, mengangkat kedua-dua keningnya.

“Oh, sweet,”Bill nampak teruja, apabila dia mengarahkan matanya kembali pada Lilika.

“No, they’re my friend,”Lilika cuba memutarkan kembali kata-kata mereka.

“Of course,”Tom mengunjukkan pada beberapa orang yang turut berada di dalam bilik itu. “They’re my bodyguards, and my friends,”

“No, it’s not like that,”Lilika menghadiahkan pandangan tajam pada Sadeeki dan Amin yang seronok mengenakannya. Oh, pandai sangat!

“Sure, why not?”Bill berpandangan bersama mereka bertiga dan ketawa.

“I came here..”Lilika baru sahaja mahu bercerita tentang kewujudannya di situ, bagaimana dia boleh berada dalam bilik itu, tetapi, dia ternampak Amin meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

Dia tidak boleh bercerita.

Lilika memandang Tom. Kebetulan, Tom sedang merenungnya juga.

“So..let’s talk,”Lilika menggaru belakang kepalanya apabila Tom berkata begitu.

“What do you wanna know?”Lilika membalas, matanya tidak lari dari mata Tom. “I’m a foreigner, and I’m living my life on the road,”

“So..we do have a lot in common,”Bill berkata. Lilika ketawa.

“Not that life,”

“What life?”Georg pula bertanya. Gustav hanya mendiamkan diri, berada di satu sudut, Lilika mengenalinya sebagai seorang yang pendiam. Tidak banyak bercakap.

“A dreamer’s life,”ujar Lilika. Dia perasan Sadeeki dan Amin tersenyum lebar. Dia juga perasan yang tangan Tom mula merayap. Dia menampar belakang tangan Tom yang hampir diletakkannya di belakangnya sendiri. “What are you trying to do?”

“Nothing.”Tom meletakkan tangannya itu kembali ke belakang kepala. Bill dan Georg tergelak-gelak. “Nothing, really,”

“Get your hand on a nice place, Tom,”tiba-tiba sahaja Sadeeki muncul. Agaknya dia perasan apa yang cuba dilakukan.

“No, please, Sadeeki, dia tak buat apa-apa lagi,”Lilika bangun berdiri. Tom agak hairan dengan bahasa yang digunakan Lilika. “I speak two languages, I hope to learn your language too,”Lilika duduk di kerusi yang memang kosong di situ. Di sebelah Tom juga, tetapi bukan di atas sofa. Tom mendiamkan diri. Agaknya dia perasan yang Lilika cuba menjauhkan diri. “But, I guess, it’s up to time,”

“Do you wear apple lip gloss?”tanya Tom.

“Oh, come on, Tom, stop flirting with her,”Bill mencantas. Lilika tergelak kecil. Dia perasan!

“We should be going,”Amin tiba-tiba menyampuk. Dia baru sahaja melihat jam tangannya sendiri. Dan BlackBerrynya.

“What?”sebenarnya Lilika mahu tahu apa lagi yang Tom perasan. Mungkin lebih dari itu. Dia mahu meluangkan masa lebih lagi dengan mereka berempat, mungkin sahaja ini waktu terakhir dia akan bertemu dengan Tokio Hotel. Dia tidak akan tahu mereka akan ke mana selepas ini.

“Come on, let’s take a picture,”Sadeeki mencadangkan. Dia meminta mereka berlima berkumpul sekali, dengan Lilika berada di tengah-tengah antara Bill dan Tom dan Georg di sebelah Tom dan Gustav di sebelah satu lagi. Lilika tersenyum, memberikan yang terbaik untuk kamera Amin. Gambar terbaik kerana ada Tokio Hotel.

“Thank you,”Lilika bersalaman lagi dengan mereka. Perpisahan. Bill nampak baik hati sekali, bercakap sepanjang masa supaya Lilika tidak berasa janggal berada di situ, dan juga Georg dan Gustav yang tersenyum sepanjang masa padanya. Cuma Tom sahaja yang nampak tidak begitu selesa apabila Lilika berjabat tangan dengannya. “Do I deserve your apology?”

“Why?”Tom bertanya. Mengelak daripada bertemu mata dengan Lilika.

“I slapped your hand,”

“It’s always like that when it comes to the fans,”Tom tersengih, Lilika berada kurang satu kaki darinya. Tom bercakap dengan perlahan, sehingga memaksa Lilika untuk mendekatkan telinganya pada bibir Tom. “When it comes to you, I don’t care that much,”

“Thank you,”merah wajah Lilika dibuatnya. Hatinya berbunga-bunga.

“But, I don’t like being rejected, see?”Lilika menggigit bibir.

“No, who does?”Tom tergelak kecil. Suaranya lebih garau daripada Bill walaupun mereka saudara kembar. “I have to go,”Lilika menoleh ke kanannya. Sadeeki sudah menanti di pintu di mana mereka masuk tadi. “Thank you again for your hospitality,”Lilika berlari-lari anak mendapatkan Sadeeki dan Amin.

Tom hanya mampu memerhati.

 

 

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top