The girl that can’t break up, the boy that can’t leave.

by queen_q_minz
Tags   malay   | Report Content

The girl that can’t break up, the boy that can’t leave. - malay - main story image

A A A A

The girl that can’t break up, the boy that can’t leave.
 
 
 
Ini dah kali ke sembilan kita break up, dalam masa dua bulan. Kalau nak kira minggu, tiap-tiap minggu pun kita break up and get back together, baik balik.
 
What am I doing here?
 
Kenapa saya masih di sini, memandang tepat ke mata awak.
 
Lari Hani, lari…
 
Minda saya menjerit, tetapi kaki tetap tidak dapat melangkah. Kenapa? Kenapa tiap kali kita berada dalam keadaan ni, saya kaku dan hanya mampu diam tidak berkata apa. Hani, apa kau tunggu lagi, kenapa masih nak dengar penjelasan dia?
 
Awak, boleh tak awak pergi. Tolong jangan muncul lagi depan saya..please..
 
Saya dah penat, penat dengan marah awak, penat dengan pujuk rayu awak. Tak boleh ke kita jadi macam dulu? Sebelum kita berjumpa, a complete stranger yang saling tidak mengenali. Ataupun setidak-tidaknya seperti dulu, bila kita mula bercinta..
 
Awak masih ingat? Bila first time kita jumpa? Waktu tu saya sepak mesin air gedegang sebab air tin saya tak nak keluar, saya ingatkan tak ada orang kat situ sekali ada awak kat hujung koridor. Saya malu giler, malu sangat-sangat, saya lari cepat-cepat tapi awak kata sebab tulah awak jatuh cinta pandang pertama kat saya, sampai sekarang saya tak boleh percaya statement tu. Haha…boleh percaya ker?
 
Kemudian kita jumpa lagi, dalam kelas. Kita sama-sama kena denda sebab datang lambat kelas pertama Puan Sofea, denda kena angkat buku dari bilik dia ke kelas untuk kelas seterusnya. Saya rasa malu untuk muncul depan awak lagi berseorangan pulak tu, tapi terpaksa jugak sebab tak boleh nak elak. Waktu tu awak bukan main lagi nak berlagak gentleman lah konon, tolong angkat semua buku-buku tu, saya bawak satu je, buku saya sendiri. Tapi akhirnya berterabur buku-buku tu atas lantai bila awak dah tak larat nak usung. Kita sama-sama kena blame, budak-budak kelas semua complain sebab buku diorang dah kotor.
 
‘Bukan salah Hani, aku yang bagi jatuh. Sorry la weh..’
 
Awak pertahankan saya waktu tu, saya rasa terharu sangat. Macam mana awak tahu nama saya? Saya tak pernah beritahu pun, dan kita cuma ada satu kelas bersama dari dulu saya nak tanya tapi tak tertanya pun.
 
Bila habis kelas, awak panggil nama saya. Awak tahu bergetar hati saya bila suara awak yang sedap tu panggil nama saya, ‘Hani’ lembut je. Awak ajak saya minum, saya segan nak ikut tapi kawan-kawan saya tolak saya dan tinggalkan saya sorang-sarang dengan awak. Dari saat tu awak cuba tackle saya, dari berjumpa seminggu sekali je, kita mula berjumpa lebih dari itu.
 
Saya dah tak perlu tendang mesin air gedegang sendiri, sebab saya dah ada awak. Kekasih hati saya. Farish Hakimi.
 
Tapi…
Entah kenapa, sejak tiga bulan lepas kita selalu bertengkar. Kadang-kadang pergaduhan kita berlarutan sampai dua tiga hari, ada yang sampai seminggu tidak bercakap.
 
Semua tu bermula bila awak nampak saya keluar dengan classmate saya, awak salah faham. Dah banyak kali saya cuba terangkan kat awak, kami keluar bukan untuk suka ria, kami buat assignment, kebetulan kerja kami siap lebih awal so kami keluar makan-makan kejap. Bukan sengaja saya tolak ajakan awak nak berjumpa, bukan saya pentingkan kawan-kawan saya lebih dari awak. Walaupun awak percaya pada penjelasan saya lepas tiga kali saya terangkan kat awak, tapi kepercayaan awak pada saya dah goyah waktu tu kan? Semua apa yang saya buat awak nak tahu, saya naik rimas. Sampai saya pakai baju warna apa pun awak nak tetapkan, saya tetap sabar, saya sabar je dan terima apa sahaja yang awak bebelkan kat saya sampailah bila awak mula pertikaikan kepentingan awak di hati saya lagi, awak nak saya letak awak di tangga pertama di hati saya, saya tak boleh buat macam tu, saya ada keluarga, saya ada kawan-kawan, saya ada tuhan, para nabi dan agama untuk di cintai juga. Awak belum sesiapa, awak cuma teman lelaki saya bukan suami.
 
Bila saya cakap macam ni, awak mula menjauhkan diri.
Saya nampak awak keluar dengan perempuan lain, hati saya sakit awak. Awak tahu tak?
Bagai disiat-siat. Kali pertama saya nampak awak keluar dengan 'dia' saya diam, kali kedua saya nampak saya tanya siapa 'dia', awak tak jawab. Kali ketiga saya nampak awak keluar dengan 'dia', mata kita bertemu saya hanya mampu menangis. Saya sedih kenapa saya boleh menjadi begitu lemah sehinggakan menitiskan air mata kerana seorang lelaki. Cinta buat saya lemah, itu kenyataan.
 
Awak datang pujuk saya, awak cakap awak cuma nak test tahap cemburu saya, awak nak tahu adakah awak penting di hati saya.
 
Waktu tu saya menangis kuat, saya tak bagi pun awak tengok muka saya. Saya membelakangi awak sambil marah awak, sampai hati awak mainkan perasaan saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Kita gaduh besar waktu tu, tapi saya tak beritahu awak dalam hati saya betapa saya bersyukur yang awak cuma berpura-pura untuk buat saya cemburu. Awak pujuk, saya cair, kita baik balik.
 
Lepas tu, tiap-tiap minggu kita bergaduh.
Si ‘dia’ yang awak gunakan sebagai alat untuk membuat saya cemburu memburu awak sana sini. Saya tak tahan bila dia call awak tiap kali awak ada dengan saya, saya simpan handphone awak dalam beg saya, silent. Tapi awak mintak balik…
 
Kenapa kita mesti bergaduh pasal 'dia'? Bergaduh besar, awak marah saya, tinggikan suara awak kat saya. Awak kata saya cemburu buta, awak kata saya cuba jadi queen control, saya tak bagi awak kebebasan. Awak sebut ‘kita break up’. Awak yang mula dulu, awak kata ‘kita break up’ sebab perempuan tu. Kemudian perkara-perkara kecik lain pun boleh menjadi punca kita berpisah, kawan-kawan saya kata kita bergaduh macam budak-budak, break up atas sebab tak masuk akal.  
 
Tapi macam kali ni, awak datang pada saya the next day lepas kita setuju untuk berpisah. Mintak nak baik balik, nak bersama semula.
 
Dan macam sebelum ni, buat kali ke sembilan saya memaafkan awak Farish dan saya mintak maaf Farish, mungkin saya pun ada salah sebab saya selalu pendam perasaan dan tidak berterus terang apa yang saya rasa dan simpan dalam hati. 
 
Biarlah orang kata saya bodoh, tetapi saya tetap terima awak. Saya terima awak lagi, sebab saya masih sayangkan awak Farish. Walaupun saya penat bergaduh dengan awak, tetapi saya tetap nak awak jadi teman lelaki saya, saya berdoa tiap hari harap-harap awaklah jodoh saya Farish, walaupun kita bergaduh saya masih berdoa macam tu, sebab saya cintakan awak. Farish.
 
“Sudahlah, awak kena belanja saya minum air pepsi. Semalam mesin air gedegang tu telan duit saya lagi sebab awak takda nak tendang.” 
 
“Kenapa tak tendang sendiri?”
 
“Sebab saya takut ada orang lain jatuh cinta pandang pertama kat saya lagi.”
 
Awak ketawa kecil, lalu terenyum. Saya tarik tie awak lagi, indahnya perasaan ni. Mungkin betullah kot apa awak cakap, saya nak jadi queen control. Tapi..er…sikit jelah kot. Hehehe…
 
-TAMAT-
~*~*~ 
 
an: Mesin air gedegang = vending machine. 
this fiction (cerpen) is inspired by Leessang's song by the same title ^^ comments are appriciated!!! 

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Nhazwa  on says about chapter 1:
sumpah best cita ni :) Update lagi he! sweet couple

whatever  on says about chapter 1:
Lucunyer citer ni~
♥♡♥♡ it =3

mOnseObie  on says about chapter 1:
kekeke! sweet couple weyh! macam crita dalam komik je~ i love it! ^^

byzelo  on says about chapter 1:
No wonder I was like, I could've sworn ive seen this title on aff before. Nice story, time to brush up on my Malay skills now… I ain't much of a fast reader in Malay language, 헐~

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top