Nama dia Diana

by queen_q_minz
Tags   drama   friendship   originalcharacter   malay   malaysia   | Report Content

A A A A

NADIANA

::04::

 

‘Menangis pun dah tak guna. Aku dah kena pecat.’ Diana mengingatkan diri yang dia sekarang bukan lagi salah seorang staf di bank JNBC ini. Matanya sayu memandang pintu bank, walaupun hari ini hari terakhirnya namun tak ada seorang pun rakan sekerjanya yang datang bersalaman dengannya. Semua rakan sekerjanya pulang begitu sahaja, seperti hari-hari yang lain, bila Diana menegur mereka hanya melambai tanpa kata selamat tinggal. Buat Diana yang berdiri di hadapan bank itu seolah-olah orang yang mereka tidak kenal, bukan rakan sekerja. Mungkin kerana mereka bersalah…

Tanpa membuang masa Diana terus melangkah meninggalkan bangunan tempat kerjanya, kalau dia jumpa mereka seorang demi seorang untuk mengucapkan selamat tinggal pun mungkin merea tidak akan melayannya. Diana terus berjalan ke perhentian bas, macam selalu. Cuma bezanya hari ini dia pulang dengan sekotak barang-barangnya kerana hari ini hari terakhir dia bekerja di bank itu, dia sudah pun dipecat. Hanya kerana satu kesilapan kecil yang bukan seratus peratus berpunca dari kecuaiannya tetapi semua yang terbabit menuding jari ke arahnya, masing-masing melepaskan tengkuk sendiri dan biarkan Diana terjerat. Mungkin kerana itu, mereka enggan bertemu Diana buat kali terakhir.

Jenuhlah nak kena cari kerja lain, dan dia dengan jayanya kembali memegang jawatan penganggur terhormat. Rosak habis rekod selepas ini, baru kerja tujuh bulan sudah dipecat. Bukan berhenti kerja tapi dipecat.

Tapi Diana tidak terkilan dia kehilangan kerja ini, tapi dia terkilan kerana dia tidak berjaya mempertahankan dirinya yang seolah-olah dibuli. Semua menuding jari kepadanya, sehinggakan kawan sendiri pun berpaling daripadanya, kawan sendiri pun tidak datang membantu. Itu yang buat Diana sedih dan kecewa.

Diana terus melangkah walaupun fikiran yang jauh melayang, tanpa dia sedar dia bergerak ke arah jalan raya, melintas jalan tanpa menoleh ke kiri mahupun ke kanan.

Buk

Diana dilanggar kereta. Tubuh genitnya terlayang lalu terduduk dan tertiarap di atas jalan tar itu, barang-barangnya habis semua terhempas ke atas jalan. Tak sempat untuk Diana mengaduh atau menjerit, sedar-sedar sahaja wajahnya sudah mencium jalan tar yang kasar itu. Sakit bila rasa pipinya seolah-olah tersagat.

“Awak, awak tak apa-apa ke? Maaf, maaf. Saya minta maaf sangat-sangat sebab tak nampak awak.” Ucap pemandu yang baru keluar dari Myvinya dengan nada panik. Wajahnya nampak sangat cemas, ini pertama kali dia melanggar manusia. Sebelum ini pernahlah terlanggar tiang, langgar pagar tetapi itu semua yang tidak bernyawa tapi hari ni dia terlanggar seseorang bernyawa. Mujurlah tadi dia tidak laju kerana baru membelok dari persimpangan, kalau tidak pasti teruk kecederaan ‘mangsa’.

“Awak tak apa-apa?” Tanya gadis itu lagi, dia membantu Diana yang tertiarap di atas jalan itu bangun dan duduk di situ. Diana yang kesakitan menitiskan air mata serta merta.

‘Apalah malang nasib aku ni? Tuhan memang menguji aku sungguh hari ni.’ Rintih hati Diana, dia tidak dapat menahan rasa lalu dia terus menangis.

“Awak, awak kenapa nangis. Sakit sangat ke? Jom, jom kita pergi klinik.” Kata gadis itu kepada Diana dengan kalot, tangannya bersungguh-sungguh menarik perlahan lengan Diana untuk bangun supaya dia boleh segera menghantar gadis malang itu ke klinik berhampiran. Namun Diana tidak bergerak, sudahnya pemandu itu yang terduduk di hadapan Diana. Diana semakin kuat tangisannya.

“Awak… janganlah nangis.. tadikan saya dah minta maaf. Jom la pergi klinik.” Kata pemandu itu lalu dia turut sama menangis, malah lebih kuat raungannya dari Diana yang sedang menahan kepedihan akibat luka-luka kecil di tubuhnya. Diana yang menangis tadi terus tercengang melihat orang yang melanggarnya menangis lebih kuat dari dirinya, si mangsa di sini. Tiba-tiba dia terasa lucu di hati. Terus dia tertawa walaupun pipinya masih perit, geli hatinya tidak dapat ditahan lagi. Lucu sungguh.

“Kenapa awak gelak? Saya tengah risaukan awak ni.” Marah pemandu itu dalam sendunya lalu terus sambung menangis. Diana tertawa lagi, melihat wajahnya sahaja sudah cukup buat Diana tertawa. Mana tidaknya, solekan pada wajah gadis ini ‘hancur’, dicemari dengan warna hitam dari maskaranya yang tertanggal dek air mata yang gugur dengan lebatnya dari mata bundar gadis itu.

‘Apalah nasib aku, malang betul hari ni. Kena buli dengan bos, jatuh macam nangka busuk dalam hujan, breakup dengan boyfriend. Sekarang langgar orang orang pula, bila nak habis hari ni???’ Tangis hati gadis itu. Banyak betul kekecewaannya hari ni, tadi baru sahaja dia berhenti menangis di dalam kereta tetapi belum sempat air matanya kering sepenuhnya sekarang air matanya kembali membasahkan pipi kerana malang yang menimpa dirinya hari ini tidak putus-putus.

“Yang awak menangis kenapa? Saya yang kena langgar, saya yang sakit tapi awak yang langgar saya pula yang menangis lagi kuat dari saya.” Kata Diana dengan sengih di bibir. Pemandu tadi senyap, tidak lagi menangis sebaliknya merenung ke wajah mangsa kemalangan ini dengan sedu yang berbaki. Tangan Diana mencapai beg tangannya lalu dia mengambil sepaket tisu, dengan spontan dia menarik tisu itu dan mengesat air mata hitam di wajah gadis di hadapannya ini.

Melihat tisu yang berubah hitam baru dia tahu kenapa gadis yang dilanggarnya ini tertawakan dirinya. Cepat-cepat dia mengesat saki baki air matanya dengan tisu itu.

“Terima kasih. Jom saya hantar pergi klinik, lutut awak luka, tangan awak luka, pipi awak luka. Jom pergi klinik.”

:::

“Awak tak apa-apa kan? Doktor cakap apa?”

“Saya tak apa-apa pun, sikit je ni.” Diana membalas dan memberikan senyuman kepada gadis yang sedari tadi berkerut dahi. Baru sekarang Diana berpeluang melihat wajah sebenar gadis yang melanggarnya, kesan hitam mascara sudah pun dibersihkan. Nampak sangat cantik dan ayu wajahnya.

“Baguslah kalau tak ada apa-apa. Nama awak Diana kan? Nama saya Nadia. Nama kita terbalik je sebutannya, Diana, Nadia, Diana, Nadia.” Nadia perkenalkan dirinya. Diana hanya tersenyum.

Nadia melangsaikan bayaran perubatan walaupun Diana banyak kali menolaknya, dia dilanggar bukan atas kesalahan Nadia sahaja, dia pun salah kerana melintas jalan tanpa melihat kiri kanan terlebih dahulu. Kecuaian dia juga perlu diambil kira, tetapi Nadia tetap hendak bertanggung jawab atas kecelakaan itu. Nadia menawarkan diri untuk menghantar Diana pulang ke rumahnya sebagai tanda maaf dia melanggar Diana hari. Kali ini dia tidak menolak lagi, dengan keadaannya yang berbalut sana sini, menerima tawaran itu adalah langkah lebih bijak. Tidak perlu dia mengusung kotaknya menaiki kenderaan awam, hendak naik teksi dia teringat yang dia baru sahaja dipecat, mesti mula berjimat dari sekarang. Nasib dia baik Nadia beria-ria hendak menjelaskan bayaran perubatan tadi, kalau tidak banyak juga wang yang melayang hari ini.

Sepanjang perjalanan mereka tidak bercakap banyak, cuma berbual kosong dan Diana menjadi penunjuk arah kepada Nadia. Sehinggalah mereka selamat sampai di hadapan rumah Diana.

“Awak tinggal sini Diana?” Tanya Nadia penuh minat. Matanya galak memandang kawasan sekeliling rumah itu.

“Haah.”

“Sorang?” Ramah pula Nadia, agaknya kesan dari bercakap dengan Alan tadi beri dia keberanian untuk berbual dengan orang yang dia tak berapa kenal, sebelum ni setiap masa kekok dengan orang tak kenal.

Ermm.” Jawab Diana pendek. Nadia terangguk-angguk, dia memerhatikan rumah semi-D itu. Boleh tahan.

“Oh… tak takut ke tinggal sorang-sorang?” Soal Nadia lagi. Nadia dulu masa dia tinggal seorang diri takut juga, tapi lama-lama sudah biasa.

“Dah biasa.”

‘Aku tinggal rumah apartment, atas bawah kiri kanan ada orang, tak macam Diana semi-D walaupun ada rumah sekeliling tapi rasanya apartment aku lagi selamat kut. Hmmm… mesti sunyi tinggal sorang-sorang, macam aku juga.’

Nadia mula hilang dalam fikirannya, macam-macam yang dia fikir. Wajahnya berkerut lagi.

“Terima kasih sebab hantar saya balik rumah.” Ucap Diana sambil menanggalkan tali pinggang keselamatan. Kata-kata Diana tidak disambut Nadia, dia masih berkhayal agaknya.

“Nadia.”

“Hah? Apa apa?” Nadia yang terkejut menyahut. Terkebil-kebil dia memandang Diana.

“Saya cakap, terima kasih sebab hantar saya balik rumah.” Ulang Diana sekali lagi.

“Tak ada hal lah. Nak Nadia tolong angkat barang ke?” Balas Nadia. Diana menggeleng dan kemudian keluar dari kereta, dia membuka pintu belakang untuk mengambil barang-barangnya.

“Terima kasih ya.” Ucap Diana sekali lagi.

“Okey okey, jumpa esok.” Kata Nadia tiba-tiba. Diana tercengang, “hah?”

“Errrr… tak, tak ada apa. Babai.” Ucap Diana dan melambai sebelum keretanya meluncur meninggalkan kawasan perumahan itu.

Diana menggeleng, pertama kali dia berjumpa dengan seseorang seperti Nadia. Baik juga orangnya.  

:::

Diana jatuh rahang.

‘Ini bukan ke manusia yang aku kata baik semalam?’ Diana bertanya kepada diri sendiri, matanya membulat dan dia tercengang bila terpandang Nadia berdiri di hadapan rumahnya bersama satu beg pakaian sederhana besar. Mula-mula dia hampir tidak cam wajah Nadia kerana penampilannya yang jauh berbeza dari semalam. Semalam dia berpakaian sangat elegen dan cantik, tetapi hari ini Nadia nampak…

 

biasa.

 

Tak ada apa yang spesial pada dirinya. Kecuali wajah yang cantik dihiasi tahi lalat manis di pipi kanannya.

‘Buat apa dia datang sini?’

Satu soalan muncul di minda Diana. Apa tujuan Nadia datang ke rumahnya pagi-pagi begini.

“Hai, assalamualaikum.” Salam Nadia hanya menjawab di dalam hati. Diana menghampiri pintu pagar rumahnya, Diana terlihat sebuah teksi yang baru sahaja bergerak pergi.

‘Eh, mana pergi kereta dia?’ Satu lagi soalan menjelma di minda Diana. Walau banyak yang bermain di fikirannya, tetapi mulutnya tidak pula ringan untuk bertanya panjang-panjang.

“Dari mana?” Diana bertanya sambil membuka pintu pagar. Nadia tersengih lalu tanpa segan silu dia masuk.

“Dari rumah.”

Dari rumah, tapi kenapa sampai bawa beg ni. Diana bertanya di dalam hati sahaja, matanya masih merenung hairan ke arah Nadia yang tak habis-habis tersenyum.

“Diana, mulai dari hari ni. Saya akan jadi housemate awak. Awak suka tak? Hehe.” Ujar Nadia lalu dia tersenyum.

“HAH??”

::::

~bersambung~

 

an: maaf lambat update. saya baru pulang dari PBAKL.. sangat syok.. memang patah kaki tangan dan bahu. tapi saya puas. next year nak bawa beg tarik..xsanggup dah nak sakitkan tangan kaki bahu.. dan xnak lagi balik hari.. letih gila kotttt....jangan lupa tinggalkan komen anda :D

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Bihurrunain  on says about chapter 6:
Q... Hahaha. Lama tak dengar fasal Alan... Cerita fasal Alan pula...

eifa_arey  on says about chapter 6:
Panas punggung ler Ezuan. Lawan nadia, jgn x lwn eh! X selamanya duk bwh telunjuk Ezuan tu.

Bihurrunain  on says about chapter 4:
Nadia teman diana.....

Bihurrunain  on says about chapter 3:
Helo.... Mana Q ni. Ketuk pintu tak ada orang pun.... Heehehe. Mesti sibuk kat pbakl ni...

Bihurrunain  on says about chapter 3:
Haa... macam tu la nadia. Tinggalkan ezuan tu... wah... rancakkan menulis q...

eifa_arey  on says about chapter 3:
Bagus Nadia. Kumbang bukan sekor jer. Alan..Alan

Bihurrunain  on says about chapter 2:
Ba nak cakap.... Ezuan tu pakwe nadia ke? Sekali baca kat hujung... Mmg pun!!!
Helo nadia... Kenapa kalau dia dah macam tu.... Awak still nak kat ezuan ni.... Heee...
Q,
Hope Alan tu ada watak yang istimewa kat Nadia... Hahaha.ru

Bihurrunain  on says about chapter 1:
Siapalah lelaki tu. Ewah, nadia. Ada orang payungkan untuk kau... hehehe^___^

eifa_arey  on says about chapter 2:
Lagi... lagi... lagi....

eifa_arey  on says about chapter 1:
Menarik..menarik. ...buat hati meronta nak tau kisah selanjutnya.

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top